Rabu, 24 Oktober 2018

LGE Jahil Perkara 111 Perlembagaan, negeri di benar pinjam daripada persekutua, bukan bank atau agensi kewangan


Sidang Parlimen| "Kerajaan Persekutuan telah memberi pinjaman RM22.5juta kepada kerajaan Kelantan tahun ini. Kita beri cepat supaya gaji kakitangan dapat dibayar' - Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng

Tuan Menteri, RM22.5 juta itu bukan untuk bayar gaji. Ia adalah Permohonan Pendahuluan Boleh Dituntut (PBD) sebab kerajaan Persekutuan dan agensinya masih belum bayar premium tanah IPG dan Felda sebanyak RM 227 juta.

Perkara 111 Perlembagaan Persekutuan pula hanya membenarkan kerajaan negeri meminjam daripada persekutuan. Sekatan ini menyebabkan negeri tidak boleh meminjam daripada bank atau agensi kewangan melainkan dengan kebenaran kerajaan pusat.

Dan saya nak ingatkan tuan menteri bahawa kurang dua minggu yang lalu, kerajaan persekutuan melalui Timbalan Menteri Pendidikan YB Teo Nie Ching telah meluluskan peruntukan RM23 juta kepada 2 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pulau Pinang. Jumlah ini adalah RM500k lebih besar daripada PBD kerajaan Kelantan dan disalurkan tanpa sebarang masalah atau ungkit mengungkit.

Jadi jangan buat sedih di parlimen mengadu ada orang kata tuan menteri anti Melayu dan anti Islam.

Geli

- Abdul Rahim Helmi Zakariya


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait