Sabtu, 20 Oktober 2018

‘Melayu bukan kaki gaduh, tapi kalau ajak gaduh, kita gaduh!’


KUALA LUMPUR, 11 Safar 1440H, Sabtu – Kerajaan Malaysia yang diterajui Pakatan Harapan (PH) patut berasa malu kerana mengingkari janji untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta mentadbir negara mengikut ‘rule of law’ .
Bekas Timbalan Menteri Penerangan, Tan Sri Khalid Yunus berkata, sebelum ini empat parti komponen PH – PKR, DAP, PPBM dan PAN – kononnya mahu mempertahankan Perlembagaan, sebaliknya apa yang berlaku sekarang ini bertentangan dengan janji mereka.
“Saya pegang satu kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan yang ada pada hari ini bersetuju untuk mempertahankan Perlembagaan Negara. Tetapi apa berlaku sekarang, Kabinet bersetuju menggantung sementara Akta Hasutan 1948.
“Dahulu kita bagi pandangan jangan mansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), tetapi dimansuhkan juga. Sekarang ini pandangan kita berbeza.
“Jika berani cubalah buat (mansuhkan Akta Hasutan) dan tengok apa yang akan berlaku,” katanya dalam ucapan Forum Tergempar Kekalkan Akta Hasutan anjuran Biro Undang-undang dan Perlembagaan Perkasa di sini, hari ini.
Akta Hasutan 1948 adalah undang-undang di Malaysia yang digubal untuk menghalang perbincangan isu-isu sensitif yang dikatakan sebagai menghasut.
Akta ini menjadikan ucapan yang ‘mempunyai kecenderungan menghasut’ sebagai suatu kesalahan jenayah.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, Kabinet memutuskan untuk menggantung sementara tindakan mengikut Akta Hasutan 1948.
Beliau berkata, keputusan Kabinet itu akan disampaikan kepada Peguam Negara dan terpulang kepada beliau untuk mengambil langkah susulan.
Dalam pada itu, Khalid berkata, sekiranya kerajaan sekarang ini tahu akan latar belakang Tanah Melayu, perkara seperti ini tidak patut berlaku.
“Ahli-ahli Parlimen ini tahu ke sejarah 13 Mei. Kita orang Melayu suka kedamaian, bukannya kaki gaduh. Tetapi kalau ajak gaduh, kita gaduh,” katanya. - Ismaweb 


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait