Selasa, 23 Oktober 2018

[PEMIMPIN BERMEWAH] Rakyat saja PERLU Berkorban

Bukan Rakyat Sahaja Berkorban
========== 
1. al-Imam al-Nawawi pernah menolak untuk memberikan sumbangan kepada pemerintah di zaman beliau iaitu al-Malik al-Zahir.

2. al-Malik al-Zahir bertujuan murni. Beliau meminta fatwa ulama pada zamannya untuk membenarkan kutipan dana dijalankan bagi memerangi tentera Tatar yang mengancam keselamatan negara ketika itu.

3. Biarpun mempunyai niat yang mulia, tindakan mengutip wang rakyat ketika itu tidak dipersetujui oleh al-Imam al-Nawawi. Ini disebabkan kerana, keadaan pemimpin yang ketika itu masih bermewah sedangkan rakyat diminta untuk berkorban dan memberi sumbangan.

4. Lalu al-Imam al-Nawawi memberikan nasihat agar pemerintah turut sama berkorban dan menyumbang dan berhenti bermewah dalam mempertahankan kedaulatan negara.

5. Biarpun nasihat yang disampaikan agak keras, al-Imam al-Nawawi masih menggunakan bahasa yang baik dan mendoakan kebaikan kepada pemerintah. Beliau dikatakan menyebutkan:

أدام الله له الخيرا @ أعزَّ الله أنصارَه

Maksudnya: Mudah-mudahan Allah melimpahi nya dengan kebaikan. dan mudah-mudahan Allah membantu tenteranya.

Moga Allah mengurniakan kesejahteraan buat Malaysia

Dr. Ahmad Sanusi Azmi


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait