Adalah menjadi tanggungjawab semua calon dan parti politik yang bertanding untuk memastikan segala aktiviti kempen PRK Parlimen P.132 Port Dickson tidak menyalahi undang-undang serta tidak menimbulkan sebarang kekeliruan kepada pengundi di PRK tersebut tegas Suruhanjaya Pilihanraya baru-baru ini.
Pengerusinya Azhar Azizan Harun yang baru dilantik baru-baru ini berkata , aktiviti seperti jamuan, pemberian hadiah bagi tujuan memancing undian, penggunaan aset kerajaan, serta kempen yang menyentuh sensitiviti agama boleh disabitkan sebagai kesalahan selaras Akta Pilihan Raya 1954.
Namun kenyataan Azhar itu haruslah disertakan dengan ketegasan untuk menguatkuasakan undang-undang terbabit agar proses demokrasi itu dapat dijalankan selaras dengan tuntutan di era Malaysia Baharu seperti yang dinyatakan pemimpin Kerajaan hari ini.
Melalui laporan portal online, jelas kelihatan kehadiran calon di dalam sebuah kem tentera dan alasan calon berkenaan dijemput oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Amiruddin Harun.
Malah Menteri Besar itu juga maklum bahawa calon PRK tidak boleh berkempen dalam kem tentera.
Beberapa hari lepas juga terdapat calon yang menganjurkan kempen makanan percuma di dalam satu kenduri yang kononnya menerima tajaan sebanyak RM 200,000 dari seorang penderma yang dikatakan daripada Hong Kong.
Jika sebelum ini Pengerusi SPR itu jelas menyatakan ketegasannya mengenai kaedah kempen seperti menjalankan jamuan makan malam yang boleh disabitkan sebagai kesalahan pilihanraya, hari ini rakyat menuntut kenyataan SPR mengenai program-program berkenaan.
Jika tidak, kenyataan-kenyataan pengerusi SPR itu hanyalah kata-kata seumpama janji Manifesto 100 hari Pakatan yang tidak pernah tertunai sehingga kini. - BARISAN NASIONAL
Appear first on Sudut Malaysia