Minggu, 21 Oktober 2018

Royalti Minyak : Terengganu dan Kelantan Layak Menerima Hak Yang Sama


Kenyataan Media Menteri Besar Terengganu

Royalti Minyak : Terengganu dan Kelantan Layak Menerima Hak Yang Sama

Saya telah diminta mengulas mengenai bunga diskriminasi oleh pimpinan utama DAP yang menjadi Menteri dalam kementerian berkaitan dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH), sebagaimana yang ditegur oleh Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkenaan isu pembayaran royalti kepada Terengganu dan Kelantan. 

Ulasan saya, YB Lim Kit Siang boleh merujuk kepada Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng berkenaan kedudukan pembayaran royalti kepada negeri yang layak menerimanya seperti yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad pada 7 Jun 2018 lalu. 

Diharap apa yang sedang berlaku bukanlah satu cubaan oleh mana-mana pihak yang berkuasa untuk mencanggahi komitmen yang terang dan nyata oleh Perdana Menteri untuk terus mengukuhkan semangat federalisme sebagaimana yang dibentangkan oleh beliau dalam Kajian Separuh Penggal RMK-11 di Parlimen pada hari Khamis 19 Oktober lepas.

Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
21 Oktober 2018


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait