Sabtu, 20 Oktober 2018

TIDAK PERLU Sekolah VERNACULAR, Wajib menghadiri Sekolah Kebangsaan SEMUANYA


Oleh: Firdaus Wong Wai Hung 

Secara peribadi saya sebagai seorang rakyat Malaysia merasakan ada sesuatu yang sangat tak kena.

Dua buah sekolah Cina menerima peruntukkan lebih RM20juta oleh Timb Menteri Pendidikan yang berbangsa Cina dan tidak banyak bunyi berbanding dengan apabila Menteri Pendidikan berbangsa Melayu bercakap sesuatu isu tentang dasar kebangsaan tetapi yang dijadikan tajuk berita adalah pasal kasut dan sebagainya.

Menurut kebiasaan yang saya ketahui, sumber kewangan SJKC adalah amat kukuh dengan sumbangan dari pelbagai pihak korporat Cina dan syarikat arak untuk mereka sebab itu banyak SJKC ini yang kemudahannya adalah jauh lebih selesa dan lengkap berbanding dengan Sekolah Kebangsaan. Betulkan saya kalau saya salah.

Apakah rasional peruntukkan lebih RM20juta hanya kepada dua buah SJKC sedangkan dengan jumlah yang sama, berapa banyak sekolah daif di pedalaman boleh diperbaiki untuk keselamatan dan keselesaan pelajar?

Sejak dulu lagi saya konsisten mengatakan tiada keperluan Sekolah Vernakular dan pelajar wajib menghadiri Sekolah Kebangsaan bagi memupuk perpaduan menerusi pergaulan sekaligus meningkatkan kebolehan bertutur bahasa Melayu pelajar bukan Melayu. 

Saya sokong saranan DSAI untuk pelajar Melayu belajar bahasa Cina kerana negara China antara negara kuasa ekonomi besar dunia tetapi saranan juga perlu diberikan kepada pelajar bukan Melayu untuk menguasai bahasa Melayu demi perpaduan menerusi persefahaman satu bahasa. 

Apabila program Siti Kasim dibatalkan dulu, Menteri Komunikasi & Multimedia arah Bernama beri penjelasan tetapi apabila temuramah penganjur Bahaya Islam Liberal di Kelantan dibatalkan, Menteri sama diam seribu bahasa.

Menteri sama pada 27/9/2018 mengatakan CEO baru Bernama akan diumumkan minggu depan yang ramai menjangkakan adalah bekas editor akhbar milik DAP, The Rocket iaitu Wan Hamidi tetapi hari ini 20/10 masih tiada laporan siapa CEO baru Bernama atau ada arahan tidak dilaporkan dahulu?

Entahlah. Ini pandangan menerusi pemerhatian saya yang tak seberapa dan senantiasa terbuka untuk diperbetulkan. Memberikan pandangan atau kritikan tidak semestinya memusuhi tetapi sebagai warganegara yang prihatin.


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait