Jumat, 26 Oktober 2018

Tok Pa sah sertai Bersatu


Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed secara rasminya mengesahkan beliau menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam ini.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu menyerahkan sendiri borang penyertaan ahli kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada sidang akhbar khas di sini hari ini.
Beliau berkata, keinginan bagi menyertai parti tersebut dibuat selepas meneliti perkembangan politik semasa negara.
"Tujuan saya mengambil wadah perjuangan baru ini adalah kerana saya ingin memainkan peranan yang lebih baik kepada pengundi saya di Jeli dan terutamanya Kelantan.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menerima kehlian saya hari ini," jelasnya. - K! ONLINE


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait