Sabtu, 13 Oktober 2018

Tol: Padahal dia yang beri konsesi berat sebelah, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak mempersendakan Pakatan Harapan selepas perdana menteri hari ini berkata lebuh raya tanpa tol tidak mungkin wujud.
Bekas perdana menteri itu mengingatkan gabungan itu yang berjanji mahu menghapuskan tol, malah berkata ia boleh dilakukan tanpa belanja yang terlalu besar.
Putar belit setiap hari padahal dia yang beri konsesi berat sebelah,” katanya di Facebook, tanpa menamakan individu tersebut.
Najib juga berkata beberapa ahli politik PH bercakap mengenai perkara itu dan ada yang membikin video dan poster yang disukai dan ditonton jutaan orang.
“Hari ini apa cerita?” katanya.
Perdana menteri awal hari ini berkata pembinaan lebuhraya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwjudkan.
Dr Mahathir mendedahkan dia sebenarnya tidak setuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya PH.
“Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini merupakan beban yang besar.”
“Tetapi pada masa itu, saya menentang. Saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma…ia tidak boleh (dilakukan),” katanya lapor Bernama.


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait