23 Safar 1440H, Khamis – ‘Tidak kisahlah pakai baju komunis atau pun tidak, tapi memang asal perjuangan parti DAP adalah komunis dan kongsi gelap,” kata Exco Penerangan dan Kajian Pemuda Isma, Muslim Abdullah Zaik.
Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen DAP, Liew Chin Tong yang kecewa selepas dituduh memakai uniform ala-komunis ketika pemeriksaan perbarisan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), baru-baru ini.
Menteri Pakatan Harapan itu berkata, warna khaki baju tersebut juga tidak ada kaitan dengan komunis malah merupakan antara rona warna yang selalu dipilih untuk uniform tentera di merata dunia dan warna tersebut pernah dijadikan pakaian seragam rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum tahun 1995.
Mengulas lanjut, Muslim berkata, isu pakaian khaki bukanlah sesuatu yang signifikan untuk dibahaskan, yang lebih kritikal sebenarnya ialah jalur perjuangan parti tamak haloba, DAP yang berasal daripada komunis.
Katanya, agenda mereka lebih jelas apabila berjaya memenangi Kerajaan Persekutuan selepas PRU-14, iaitu cubaan untuk mengubah identiti Malaysia daripada sebuah Iegara Islam kepada negara tanpa identiti yang senang dimanipulasi.
“Suara-suara yang mempersoal penduduk Melayu sebagai pemilik asal Tanah Melayu semakin kedengaran dan pelbagai cubaan lagi yang menunjukkan belang mereka yang ingit merampas hala tuju negara ini dari tangan umat Islam. Jadi, umat Islam mesti sedar agenda dan susur jalur perjuangan DAP yang berasal dari komunis dan kongsi gelap ini,” katanya.
Pada masa, Muslim berkata, Pemuda Isma menyeru umat Islam untuk segera bangkit dari lamunan tidur dan segera bertindak pertahankan kedudukan Islam dan Melayu di dalam negara.
“Terkini, isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), oleh kerajaan PH. Kesan ratifikasi ini akan membawa kepada penghapuskan kedudukan istimewa sesuatu bangsa dalam negara, yang jelas bangsa Melayu akan hilang haknya.
“Jadi kita seru seluruh umat Islam untuk nyatakan bantahan, kerana kita tidak mahu matlamat mereka mengubah identiti negara akan tercapai,” katanya.
Appear first on Sudut Malaysia