Jumat, 02 November 2018

Aktiviti tengok Kapal Terbang bukan hanya di Kelantan, malah di Seluruh Dunia



Hmmm... apa yang perlu dikeluhkan pada aktiviti melihat kapal terbang berangkat dan mendarat?

Sebenarnya aktiviti menyaksikan kapal terbang ni bukan hanya ada di Kelantan. Di seluruh dunia ada.

Di lapangan terbang luar negara, ada taman rekreasi berlatarkan lapangan terbang, ibubapa bawa anak-anak mereka berkelah di sana. Warga pencen pun berehat di sana.

Antara yang saya pernah pergi adalah Runaway Visitor Park berhampiran Manchester Airport. Ada macam-macam fasiliti rekreasi lah. Memang best! 

Di negara lain pun ada, antaranya:
✅Austin-Bergstrom International Airport (KAUS), 
✅Baltimore–Washington International Airport (KBWI), 
✅Charlotte-Douglas International Airport (KCLT)
✅Chicago Executive Airport (Palwaukee) (KPWK)
✅Dallas-Fort Worth International Airport (KDFW)
✅Mitchell International Airport (KMKE)
✅Aurora Municipal Airport (KARR)
Senarai penuh di: https://goo.gl/yKk4hL

Impian kanak-kanak bermula dengan sesuatu yang ringkas. Sesuatu yang dekat dengan hati mereka. Sesuatu yang familiar.

Rekreasi melihat kapal terbang ni boleh menjadi pendorong kanak-kanak mengejar impian jadi jurutera aeronautik, juruterbang, krew kabin, pegawai kawalan udara, pengembara, dan sebagainya.

Berhibur dengan berlumba dan menyaksikan lumba haram, itu baru aktiviti memalukan! Solusinya, bina litar untuk berlumba secara sah, dan buka untuk orang datang tonton, kan?

Maka samalah halnya dalam isu ni. 

Jika orang tempatan terhibur menyaksikan kapal terbang, maka binalah prasarana yang sesuai dengan minat mereka. Bukan minat itu yang salah, yang salah adalah ketiadaan prasarana yang selamat untuk aktiviti itu.

Saya setuju bab perlu bina kemudahan berekreasi di Kelantan, atau di mana-mana negeri pun. Masyarakat perlukan kemudahan itu. 

Oh ya! Ni ulasan yang tak ada kena mengena dengan politik. Aku cuma nak beritahu aktiviti menyaksikan kapal terbang ni tak salah, tak memalukan dan dilakukan oleh orang seluruh dunia.

Itu sahaja.

Kamarul Ariffin Nor Sadan
Suka lihat kapal terbang

Pautan berita : https://m.malaysiakini.com/news/449634


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait