Jumat, 02 November 2018

(Melayu TERTIPU?) Bajet untuk Sekolah, Bilangan Sekolah Tidak Diambil Kira?


BELANJAWAN MALAYSIA 2019

Tahniah atas Belanjawan Nr 1 Kerajaan PH

Belanjawan yang progresif.

Meski masih banyak persoalan ruang praktikal dan pragmatik ke arah pembentukan negara bangsa yang sejahtera.

Misalnya dengan sikap liberal dalam pengagihan belanjawan pendidikan, sebenarnya membina jurang perkauman yang mencemaskan. 

250 juta buat Sekolah Kebangsaan dan setiap sekolah dari jumlah sekitar 10600 lebih, akan beroleh hanya RM 23,580 sahaja (?) berbanding 200,000 bagi setiap sekolah sekitar 60 sekolah menengah persendirian Cina (SPMC) dengan peruntukan 12 juta.

Apakah bentuk potret Malaysia dari Belanjawan 2019 ini?

Oleh : Hassan hayastani

Tun Mahathir berkata sekolah vernakular HALANG PERPADUAN pada program bersama rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Bangkok, Thailand

Sekolah vernakular HALANG PERPADUAN : Perdana Menteri


KUALA LUMPUR17 Safar 1440HJumaat – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kewujudan sekolah vernakular di negara ini hanya menjadi penghalang kepada perpaduan rakyat, lapor portal New Malaysia Times.
Pada permulaannya, kita mahu mempunyai satu sistem sekolah kebangsaan. Bagaimanapun, sesetengah orang meminta agar mereka dibenarkan mengikut budaya mereka sendiri, budaya negara-negara asal mereka.
“Kami membenarkannya, lalu ia menyebabkan wujudnya tiga aliran utama – sekolah kebangsaan di mana mediumnya Bahasa Melayu, sekolah Cina dengan bahasa Mandarin dan sekolah Tamil dengan bahasanya.
“Ini bermakna berlainan bangsa pergi ke sekolah yang berbeza. Mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan apabila mereka tamat sekolah, mereka pergi bekerja dengan kaum lain yang tidak mereka kenali. Ini menjadi penghalang kepada perpaduan negara,“ katanya pada program bersama rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Bangkok, Thailand, semalam. 
Beliau berkata, kerajaan terpaksa menerima tuntutan yang dibuat oleh kaum lain untuk belajar dalam bahasa mereka sendiri.
Masalah sekolah vernakular sering menjadi isu kontroversi, terutama sejak Dr Mahathir menjadi perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003. 
Beberapa pemimpin UMNO serta kumpulan nasionalis Melayu telah meminta sekolah vernakular dimansuhkan, dengan mengatakan ia menghalang perpaduan negara.
Namun, ini adalah kali pertama Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian sebagai perdana menteri ketujuh.


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait