Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam ini mengumumkan dia menyerahkan tugas-tugas presiden Umno kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Perkembangan ini menyusuli desakan daripada beberapa pihak dalam parti yang mahu beliau berundur selepas beberapa pemimpin negeri dan wakil-wakil rakyat meninggalkan Umno.
“Berdasarkan kepada kemelut yang dihadapi oleh parti hari ini, saya mengambil keputusan untuk memberi kepercayaan kepada timbalan presiden untuk menjalankan tugas-tugas sebagai presiden.
“Saya menyeru supaya tiada lagi tindakan keluar parti daripada Ahli-Ahli Parlimen dan Adun-Adun,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, sayap Pemuda menyarankan Zahid bercuti sehingga kes perbicaraan rasuah selesai. - FMT #CelahGelegar
Appear first on Sudut Malaysia