Selasa, 18 Desember 2018

[FITNAH KAFIR] Persatuan Gereja bantah tambah guru agama di Sarawak

Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS) memfitnah kerajaan Pakatan Harapan menyatakan kerajaan menggunakan penjawat awam atau guru untuk membawa masuk islamisasi ke Sabah dan Sarawak.
Mereka berkata, "kerajaan perlu melihat semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang memberi jaminan kepada kebebasan beragama di negeri itu".
ACS sendiri nampaknya keliru dengan kebebasan beragama. Jika berlaku kebebasan beragama kenapa DIHALANG kemasukan guru agama Islam untuk mengisi kekurangan guru di sana.
ASC dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik baru-baru ini membimbangkan kerana tidak sehaluan dengan perjanjian tersebut.
“Kenyataan menteri untuk menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai ‘medan dakwah’ dan tempat penyebaran agama Islam tidak menunjukkan semangat MA63.
“Dan dia juga berhasrat membenarkan guru-guru di Semenanjung untuk datang ke Sabah dan Sarawak untuk ‘mempromosikan’ Islamisasi ke sekolah-sekolah bukan Islam di sini,” katanya.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan mengakui kekurangan guru agama di Sabah dan Sarawak adalah kritikal.
Sehubungan itu, Maszlee menasihatkan guru agama dari Kelantan dan Terengganu tidak pulang ke Semenanjung buat sementara, sebaliknya terus menabur bakti di Sabah dan Sarawak.
Dengan biadapnya ASC menyatakan agama Islam bukan agama rasmi Sarawak walhal mereka tahu Islam adalah Agama Persekutuan negara ini. Sarawak hanya sebuah negeri dalam Malaysia.
“Majoriti rakyat negeri ini bukan beragama Islam dan perlembagaan Sarawak menyediakan kerajaan dan masyarakat yang sekular kerana Islam bukan agama rasmi.
“Sudah jelas di dalam Inter-Govermental Committee (IGC Reports) bahawa tiada permohonan kepada kerajaan pusat ke negeri-negeri Borneo berhubung keperluan pendidikan agama,” jelas kenyataan itu.

#CelahGelegar


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait