Rabu, 19 Desember 2018

Peguam: Penghakiman di Media, Suspek DIAIBKAN walhal hanya tahan reman

Bila ada tangkapan dan siasatan, SPRM panggil segala mak nenek punya media turun beramai2 utk buat liputan siasatan padahal baru Reman sahaja pun.

Belum tuduh di Mahkamah lagi.

Tapi SPRM di arahkan menggebangkan melalui media seolah2 suspek dah mcm dah sabit kesalahan dan nak kena hukum gantung mati sangat dah.

Suspek di aibkan.
Gambar wajah suspek di tularkan.
Satu dunia dah tahu.
Malu 1 keluarga suspek. 

Suspek tiada peluang bersuara sendiri di Mahkamah reman kecuali melalui Peguam.

Suspek tiada peluang membuat penjelasan kpd persepsi yg di canang melalui media, kecuali melalui Peguam.

Dan saya akui tak ramai Peguam berani buat kenyataan sebagaimana kenyataan fb saya yang di petik oleh Harian Metro ini krn Peguam itu akan di serang atas alasan tidak professional lah, tak beretika lah. 

Eh, SPRM dedahkan penyiasatan melalui Media tu professional sangat ke? Beretika sangat ke? 

Prinsip saya mudah. 

Saya akan membela anakguam saya yang di aniaya atau di buli tanpa rasa gentar. 

Apa kau boleh buat kat aku kau buat lah. 

Tapi ingat. 

Harini ko buat kat orang. 

Esok Lusa, giliran kau pulak di buat orang. 

https://ift.tt/2BuiNMN

Oleh :Buzze Azam 


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait