Senin, 17 Desember 2018

Petisyen Desak Perlucutan Jawatan Waytha Moorty Meningkat Kepada 201,957 Tandatangan

KUALA LUMPUR – Petisyen menuntut perlucutan jawatan Menteri Perpaduan dan Senator yang disandang oleh P. Waytha Moorty kini meningkat kepada 201,957 tandatangan sehingga jam 12.30 tengahari ini.
Petisyen atas talian itu dilancarkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) pada 17 November lalu menggunakan laman sesawang petisyen Change.Org. (https://www.change.org/p/tun-dr-mahathir-mohamad-menuntut-perlucutan-jawatan-p-waytha-moorty-sebagai-menteri-di-jabatan-pm-dan-senator-petisyen-ini-digerakkan-oleh-gerakan-pengundi-sedar-gps)
Petisyen terbut menyenaraikan beberapa tindakan Waytha Moorthy yang disifatkan tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin dan juga Menteri Perpaduan.
“Kami selaku rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum, latar belakang serta pendirian politik menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial serta Senator Dewan Negara atas sebab-sebab yang berikut:
“1) Memburukkan imej Malaysia di platform antarabangsa dengan menyebarkan fitnah bahawa kononnya rakyat Malaysia yang beragama Hindu telah didiskriminasi dalam beberapa bentuk antaranya: perlu memeluk Islam jika mahu mendapatkan pekerjaan dalam sektor-sektor awam; rumah-rumah ibadat mereka telah dirobohkan sesuka hati oleh pihak-pihak berkuasa di Malaysia.
“2) Berkeras mahu meratifikasikan ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) atas kapasitinya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri walaupun mendapat tentangan dan bantahan yang kuat daripada kaum Bumiputera
“3) Gagal untuk mengawal ketegangan antara kaum yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini walaupun telah diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial,” kata kenyataan GPS yang tertera di laman petisyen itu.
Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati sejak semalam, desakan menuntut Wayhta Moorthy meletakkan jawatan menteri semakin memuncak selepas anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang menjadi mangsa keganasan perusuh kuil meninggal dunia malam tadi. – SuaraTV


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait