Selasa, 22 Januari 2019

Akhirnya Guan Eng Mengaku KALAH, Tak Mampu Jawab hujah Najib

Hari ini, Guan Eng kata dia malas nak layan saya. 

Dia kata saya tak ada kredibiliti.

Tapi rakyat masih layan saya. Saya menyuarakan suara hati kroni - kroni saya. iaitu rakyat Malaysia.

Mereka tahu saya sebagai mantan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ada pengalaman dan lebih faham mengenai data-data dan hal-ehwal ekonomi negara.

Mereka juga tahu apa yang saya bangkitkan adalah berdasarkan fakta, data dari kerajaan sendiri dan logik.

Oleh itu, ianya tidak senang untuk Guan Eng untuk menafikan dan untuk dia terus kelentongkan rakyat.

Misalnya, hantaran saya semalam yang membuktikan perbelanjaan kerajaan selepas PH mengambil alih adalah lebih tinggi, walaupun pelbagai projek dan bantuan telah dimansuh, berbanding tempoh yang sama untuk tahun sebelumnya di bawah BN adalah berdasarkan data yang diperolehi terus dari data rasmi BNM.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155843450575952/

Rakyat juga ingat yang saya telah membongkarkan kerajaan PH telah tibai cukai minyak dengan senyap-senyap sebanyak 30 sen satu liter dan selepas itu, Guan Eng terpaksa menurunkan harga petrol dan diesel apabila dibongkarkan.

Banyak lagi penipuan Guan Eng yang saya telah sangkal tetapi dia tidak berani menjawab dan terus bisu.

Isu seperti wang GST RM19 bilion yang Guan Eng tuduh kerajaan BN telah rompak yang saya buktikan menggunakan laporan audit negara di bawah kerajaan PH sebenarnya ialah atas kesalahan kerajaan PH sendiri.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155745817795952

Begitu juga dengan dakwaan dia bahawa kerajaan BN hanya meninggalkan wang RM450 juta kepada PH.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155779413965952/

Saya juga membuktikan bahawa ianya mustahil untuk kos projek ECRL hanya RM27 bilion seperti didakwa mereka.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155839366405952/

Saya juga membongkarkan bahawa kerajaan PH telah memberi pengecualian cukai SST kepada syarikat yang dianugerahkan projek mega keretapi Gemas-Johor Baharu.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155818405565952/

Sama dengan hutang kerajaan RM1 trilion di mana saya telah gunakan jawapan rasmi dia sendiri untuk menunjukkan dia seorang penipu.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155670548100952

Dan banyak lagi seperti isu syarikat insurans Singapura:
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155821906705952/

Baca : KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%?


Hingga kini, semua persoalan saya, Guan Eng gagal menjawab. 

Sebenarnya, Guan Eng bukan malas untuk layan saya tetapi dia tidak dapat membalas saya selepas dia terus-terang telah dibuktikan menipu rakyat.

Tetapi dia tidak pernah malas untuk menipu pula.

Guan Eng juga tidak tahu bahawa ramai rakyat kini semakin marah pada dia kerana ekonomi bertambah teruk tetapi dia tidak terus untuk bermain politik dan propaganda.

Tak layan saya juga tidak bermakna anda akhirnya mampu tidur malam.

Hari ini sahaja, ribuan rakyat telah memaki dia di laman FB Kementerian Kewangan kerana mereka marah Guan Eng menyalahgunakan aset dan saluran kerajaan untuk kempen parti DAP di Cameron Highlands.
https://www.facebook.com/KementerianKewanganMalaysia/posts/10156354789118547


Adakah Guan Eng tidak sedar tentang ini? 

Tak apa jika Guan Eng tidak mahu dan tidak berani untuk layan saya.

Saya percaya ramai lagi rakyat yang masih layan apa yang saya tulis atau cakap.

Tidak melayani saya sebagai ahli parlimen yang dipilih rakyat dan sebagai mantan Menteri Kewangan bermakna Guan Eng juga menafikan hak rakyat. 

Relax la. Apa kata awak minta sikit petai dari Khalid Samad. 

Mana tau, boleh kurangkan stress.

Oleh : Najib Razak

Penulis ialah Perdana Menteri Malaysia Ke-6 


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait