Senin, 21 Januari 2019

Ceramah BN-Pas {PENUH} vs Ceramah DAP-PH {KOSONG}

LIPIS 21 Jan. - Selepas sembilan hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) semakin meningkat terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai.

Ini terbukti apabila lebih 3,000 menghadiri ceramah BN dan Pas di Dataran Sungai Koyan di sini semalam.


Ini berbeza dengan ceramah Pakatan Harapan (PH) yang terletak berhampiran dengan tapak ceramah BN dan Pas, yang hanya dihadiri kira-kira 100 orang.


Meskipun terpaksa duduk di atas tar, orang ramai tetap tidak berganjak dari tempat duduk apabila mendengar ceramah yang disampaikan oleh  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Amanat dan pesanan supaya umat Islam bersatu padu tidak mengira sama ada Pas atau UMNO yang dilaungkan Hadi disambut dengan laungan Allahu Akbar.

Gesaan Hadi supaya mereka  turun mengundi mendapat respon positif  termasuklah jeritan yang sanggup berjalan kaki untuk mengundi. - UTUSAN ONLINE



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait