Kamis, 24 Januari 2019

Ceramah Kosong, Tamat Awal:Kehadiran MENTERI pun TAK DIENDAHKAN Rakyat

LIPIS 25 Jan. - Ceramah Perdana Pakatan Harapan (PH) di Dataran Sungai Koyan malam tadi terpaksa ditamatkan lebih awal kira-kira pukul 11 malam selepas Presiden Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dapat hadir.

Menurut pengumuman yang dibuat Pengerusi Majlis, Young Syefura Othman yang juga Penyelaras Jentera PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai menyatakan Muhyiddin tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.


Antara penceramah yang terlibat dalam ceramah perdana berkenaan ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin; Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir dan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Shazni Munir Mohd Ithnin.

Terdahulu Muhyiddin hadir menunaikan solat di Masjid Felda Sungai Koyan sebelum mengikuti program ramah mesra di Kampung Kuala Medang. - UTUSAN ONLINE


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait