Ketika di awal kekalahan Umno BN pada PRU Ke-14 pada 9 Mei lalu, bekas perdana menteri Najib Razak menjadi sasaran semua, termasuk pemimpin Umno.
Laman Facebook Najib dibanjiri cemuhan demi cemuhan. Ada juga yang meraikan kegembiraan tumbangnya Umno BN di situ.
Kalangan pemimpin Umno sendiri mengkritik bekas presiden mereka sebagai punca kekalahan parti itu selepas lebih 60 tahun berkuasa.
Khairy Jamaluddin antara yang lantang mengkritik Najib pascaPRU ke-14. Beliau meminta bekas bosnya itu supaya tidak mencari alasan dengan kekalahan BN dan malah berkata lebih elok jika Najib berhenti bersuara.
Baca : Mantan PM betulkan laporan Menteri Kewangan baru belajar
Baca : Simpanan NYAWA rakyat Malaysia akan tetap di dalam tangan asing - Najib
Selain itu, kehadiran Najib di kempen PRK Sungai Kandis Ogos lalu kurang disenangi segelintir pemimpin Umno yang mendakwa rakyat masih marahkan beliau.
Baca : Simpanan NYAWA rakyat Malaysia akan tetap di dalam tangan asing - Najib
Selain itu, kehadiran Najib di kempen PRK Sungai Kandis Ogos lalu kurang disenangi segelintir pemimpin Umno yang mendakwa rakyat masih marahkan beliau.
Sejak itu beberapa bulan berlalu. Melepasi 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan (PH), selepas satu demi satu janji manifesto gagal dilaksanakan, mood rakyat terhadap Najib mula nampak berubah. Sebahagiannya mula merindui anggota parlimen Pekan itu.
Laman Facebook Najib masih dibanjiri komen tetapi kebanyakannya bernada positif. Setiap hantarannya - sama ada mengkritik atau menjawab dakwaan PH - mendapat sambutan.
Malah ada rakaman yang dimuat naik Najib mendapat tontonan lebih tinggi berbanding Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Baca : #LencunLagi, PH buat V-Turn pula selepas beribu U-Turn
Baca : #LencunLagi, PH buat V-Turn pula selepas beribu U-Turn
Meskipun dikritik oleh mereka yang dahulu merupakan "anak buahnya", beliau terus menulis, berinteraksi dengan pengikut dan menjawab dakwaan membabitkan pentadbirannya selama dua penggal itu.
Setiap hari ada saja isu dibangkitkannya dan pastinya ia akan dipetik media.
Beliau bergerak solo tanpa menggangu Umno dan BN dan semakin galak turun padang bertemu orang ramai. Hujung minggu lalu beliau ke Pasar Datuk Keramat di ibu kota untuk memantau harga barang.
Kunjungan itu menyebabkan memaksa Menteri Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail segera menghantar pekerjanya untuk membuat pemeriksaan.
Begitu juga apabila Najib menegur cadangan Perbadanan Putrajaya yang ingin menaikkan kadar sewa kuarters daripada RM400 kepada RM800.
Baca : [U-TURN] Kenaikan Kadar sewa kuarters Blok F, G milik PPj DIBATALKAN
Tidak sampai 24 jam Najib membangkitkan perkara itu di Facebooknya, Perbadanan Putrajaya membuat u-turn dengan membatalkan hasrat itu selepas perbincangan dengan kementerian wilayah.
Ini beberapa contoh peranan Najib sebagai pembangkang yang membuahkan hasil.Selain itu serangan yang biasanya bernada sindiran oleh Najib membuatkan segelintir menteri PH yang masih hijau pengalaman mentadbir jadi kelam-kabut apabila mereka menjadi sasarannya.
Antara yang sering menjadi "mangsa" ialah Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri Industri Utama Teresa Kok.
Baca : Ingat Nama Ni, Wan Saiful, Maszlee: Sejak Masuk KPM, Kerja MENYUSAHKAN Orang Sahaja - Najib
Baca : Teresa Kok marah jual tanah kepada KWSP? Adakah DAP mahu jual kepada sykt Kroni?
Justeru boleh dikatakan Najib sebenarnya telah berjaya menjadi pembangkang yang berkesan, malah lebih menonjol dan giat berbanding ketua pembangkang.
Baca : Teresa Kok marah jual tanah kepada KWSP? Adakah DAP mahu jual kepada sykt Kroni?
Walau dihimpit puluhan pertuduhan jenayah di mahkamah, ia tidak menghalangnya daripada terus bersuara.
Ia menyebabkan namanya tidak hanyut daripada arus perdana politik negara.
Berbeza dengan segelintir pemimpin pembangkang lain, bekas ketua pemuda Umno misalnya, yang dilihat lantang dengan isu-isu terpilih yang berpotensi menaikkan namanya saja.
Rasanya tidak salah jika Najib diberi peranan sebagai ketua pembangkang kerana beliau mampu memikul tanggungjawab itu dengan berkesan. Akhirnya yang untung adalah rakyat.
HASPAIZI ZAIN ialah wartawan Malaysiakini.Appear first on Sudut Malaysia