Sabtu, 05 Januari 2019

Ekonomi Mencabar 2019, konar baring Guan Eng paling TAJAM dalam sejarah

Semasa ucapan Tahun Baharu, saya memberi amaran bahawa tahun 2019 adalah tahun mencabar untuk ekonomi negara kita. 

Masa itu juga, Guan Eng bersungguh kata petunjuk ekonomi untuk 2019 adalah sangat menggalakkan.

Tak sampai seminggu, Guan Eng membuat pusingan U lagi dan sekarang dia kata 2019 ialah tahun mencabar untuk ekonomi Malaysia.

Ekonomi negara pun nak U-Turn? 

Mungkin tak pernah berlaku dalam sejarah di mana Menteri Kewangan sebuah negara boleh konar baring setajam ini.

Sekejap ekonomi negara sangat menggalakkan. 

Sekejap ekonomi negara mencabar.


Penganalisa ekonomi dan pelabur-pelabur asing pun pening.


Oleh : Najib Razak
Penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6 #CelahGelegar 


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait