Kamis, 03 Januari 2019

#FitnahSudahMenang: Dulu Mati-Mati Percaya Najib HANCURKAN ekonomi Malaysia

Ada juga yang masih terpengaruh dan taksub dengan propaganda PH bahawa ekonomi Malaysia hancur di bawah kerajaan BN ketika saya adalah Perdana Menteri.

Fakta dan data menunjukkan sebaliknya.

Ramai yang tidak tahu bahawa Bursa Malaysia merupakan pasaran saham dengan tempoh lonjakan saham paling lama di dunia iaitu "world's longest running bull market."

Bermula dari pertengahan tahun 2008 di mana indeks saham adalah 800 mata, sehingga Bursa mencatat indeks paling tinggi dalam sejarah iaitu 1,895.18 mata sebelum PRU14, ia juga adalah tempoh lonjakan Bursa Malaysia paling lama di dalam sejarah Malaysia.

Selain prestasi kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia yang baik berbanding negara jiran dan negara-negara "harimau Asia" yang saya kongsikan tempohari, prestasi Bursa Malaysia ini juga merupakan satu lagi bukti bahawa ekonomi negara dijaga baik semasa di bawah kerajaan BN dahulu.

Baca tulisan terdahulu saya:
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155801865035952/

Saya nak tanya mereka yang sebelum ini pernah percaya Manifesto bukan Kitab itu:

Jika ekonomi negara hancur, bagaimana pula boleh berlakunya prestasi Bursa Malaysia dan pertumbuhan ekonomi yang baik seperti dilapor oleh Bank Dunia?

Ada logik, tak?

Ini punca permulaan prestasi baik untuk Bursa Malaysia:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

#FitnahSudahMenang


Oleh: 



Najib Razak , PENULIS adalah Perdana Menteri Malaysia yang Ke6   #CelahGelegar


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait