Sabtu, 05 Januari 2019

#FitnahSudahMenang: Rm90juta, Jika Pas tidak ambil, kenapa tak saman?

#FitnahSudahMenang

Sudah hampir setahun puak yang menfitnah Pas menerima RM90 juta daripada UMNO itu memerintah, sekelumit bukti pun masih belum mampu ditunjukkan kepada rakyat atas segala tuduhan itu. Apakah makna semua itu?

Dulu mereka kata sebagai pembangkang, susah untuk mendapatkan maklumat, tetapi sekarang mereka menguasai kerajaan persekutuan, menguasai Polis, menguasai SPRM, menguasai Peguam Negara, menguasai segala-galanya. KENAPA masih belum mampu dakwa Pas di Mahkamah? Apa makna semua ini? Maknanya #FitnahSudahMenang 

WAKTU permulaan PAS saman Sarawak Report, bukan PAS tidak menyedari bahawa kosnya terlalu tinggi, ini kerana saman tersebut di Mahkamah London dan peguamnya berada di United Kingdom.

Setelah PAS diburukkan dengan fitnah kononnya mengambil wang RM90 juta yang kononnya dimasukkan ke dalam akaun PAS, atas desakan ahli-ahli dan penyokong yang cintakan PAS, PAS ambil keputusan untuk saman Sarawak Report atas tuduhan tersebut dengan kos yang sememangnya sangat tinggi.


Mahkamah Tinggi London awal tahun lalu mengetepikan pernyataan pembelaan Rewcastle-Brown dan memerintahkan editor Sarawak Report itu membayar hampir £29,000 (lebih kurang RM156 000) kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang menang semua lima permohonan interlokutori terhadapnya.

Ada yang bertanya ke mana duit dari kemenangan lima interlokutari tersebut?, RM156 000 berapalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kos yang berkemungkinan mencecah sehingga RM5-6 juta, namun walaupun dengan kos yang sebegitu tinggi PAS tetap akan meneruskan samannya terhadap editor Sarawak Report.

Tuduhan dan fitnah ini sangat merobek jiwa ahli dan penyokong PAS, sehingga menimbulkan pertanyaan "jika betul PAS tidak ambil duit RM90 juta, mengapa tidak saman?" dan pertanyaan ini jugalah yang ditimbulkan oleh musuh pemfitnah PAS bagi tujuan supaya ahli dan penyokong PAS ragu terhadap PAS.

Setelah PAS menafikan, musuh tetap dengan fitnahnya, maka saman Sarawak Report adalah sebaik-baik cara untuk menutup mulut busuk pemfitnah dan sekarang telah pun berjalan dengan kos yang begitu tinggi dengan keyakinan bahawa ahli dan penyokong PAS yang cintakan perjuangan Islam dan memiliki semangat pengorbanan yang tinggi itu akan membantu untuk menampung kos saman Sarawak Report tersebut.

Hanya Allah sebaik-baik tempat kita memohon pertolongan disertai dengan doa dan harapan, diiringi dengan pengorbanan, InsyaAllah ahli-ahli dan penyokong PAS mampu untuk menampung kos saman Sarawak Report ini dan seteruskan diberikan kemenangan di dalam kes saman ini, InsyaAllah.

"Teruskan Menyumbang"
"Islam Memimpin"
Catatan
USTAZ ROSLI ABDUL JABAR 


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait