Selasa, 08 Januari 2019

Hina Agong: Eric Liew, Azham Akhtar, Nur Alia ditahan

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan tiga individu yang memuat naik komen berunsur hinaan dalam media sosial terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima beberapa laporan polis berhubung tindakan pemilik-pemilik akaun tersebut.

“Kita telah menahan pemilik akaun Facebook, Eric Liew Chee Ling, 45, selain pemilik akaun Twitter, Azham Akhtar Abdullah, 26, dan Nur Alia Astaman, 25, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1984,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fuzi turut menasihatkan masyarakat supaya menggunakan medium laman sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat provokatif atau memanipulasi isu peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong XV sehingga boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negara ini.-UTUSAN ONLINE


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait