Minggu, 06 Januari 2019

INI Hakikat: Kafir Hanya Bermuka-muka depan kamu, DIBELAKANG mereka kata hanya perolok-olok





Saya sarankan, sebelum berurusniaga atau mengambil seseorang pekerja, on the spot minta mereka buat akaun media sosial mereka untuk diperiksa sama ada mereka ini rasis, anti Islam atau ada masalah mental. 
.
Mereka memuji, membodek dan berpura-pura di depan kita kerana tamakkan wang kita. Allah Subhana Wa Ta’ala telah memberitahu kita akan sikap golongan seperti ini;
.
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".
(Al-Baqarah 2:14)
.
Bekas majikan saya berperangai seperti itu. Di depan pelanggan Muslim, bukan main sopan dan puji tetapi apabila di depan staf yang Belum Muslim, bukan main lagi mengata dan mengutuk Muslim. Hatta majoriti staf Muslim dalam bekas syarikat saya itu tidak mengamalkan Islam malahan meminum arak secara terbuka. Malangnya apabila tiba Townhall (perhimpunan bulanan syarikat), mereka yang tidak amalkan Islam inilah yang diminta bagi penerangan tentang Islam & Melayu!
.
Jikalau anda mempunyai majikan atau rakan sekerja seperti itu yang suka mengutuk dan memperlekehkan Islam, sila rakamkan percakapan mereka dan kongsikan kepada kami. Biar kami mendedahkan mereka bagi pihak anda. Jikalau kita takut dan berdiam diri saat agama dihina dan diperlekehkan, barangkali kita terlupa Allah Ar-Razaq (Yang Banyak Memberi Rezeki).
.
#islam #muslim #dakwah #cinamuslim #chinesemuslim #firdauswong#liberalmediabias #islamophobia #muslimphobic #islamophobic
@ Masjid Al Imam Al Ghazali (MAIAG)

Firdaus Wong Wai Hung (Official)


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait