Jumat, 04 Januari 2019

Jangan Cepat Lupa:Tahun 2015, 2016 RON95 hanya RM1.60

Saya masih terbaca komen yang menuduh harga RON95 tidak pernah turun di bawah RM2.00 satu liter semasa kerajaan BN semasa saya Perdana Menteri.

Faktanya ialah ada tempoh selama berbulan-bulan, malah bertahun-tahun yang harga RON95 ini di bawah RM2.00 satu liter termasuk untuk beberapa bulan di tahun 2015 dan 2016 di mana harga RON95 ialah RM1.60 sehingga RM1.70.
br /> Malah, RON95 ini diwujudkan semasa saya mula menjawat sebagai Menteri Kewangan pada tahun 2008 untuk menggantikan RON92 yang kurang bermutu dengan harga yang sama.

Mungkin ada kebenaran juga yang Melayu (atau Malaysia) mudah lupa?

Oleh : Najib Razak, penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6
#CelahGelegar

ARTIKEL BERKAITAN 



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait