Selasa, 01 Januari 2019

(JANGAN PENGECUT) ‘Berdiam diri punca kehancuran umat Islam’

24 Rabiulakhir 1440H, Selasa– Majlis Ulama Isma (MUIS) hari ini mengingatkan umat Islam supaya bertegas dalam melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Pengerusinya, Dr Mohd Soberi Awang bekata, sekiranya umat Islam mencintai negara, bangsa dan umat, mereka perlu bertegas dan bukan berdiam diri, kononnya untuk menjaga hati pelbagai pihak sehingga mengakibatkan kehancuran kepada umat keseluruhannya.
Memetik Surah Hud ayat 88, katanya, tidak ada suatu azam lebih besar bagi seorang mukmin yang benar imannya melainkan dia sentiasa bercita-cita ingin melihat kesatuan umat dan kembalinya kedaulatan Islam di atas muka bumi ini.
“Maruah umat yang sedang dicabul di serata dunia dikembalikan, perpaduan umat yang sedang dipecah-belahkan semakin diperkukuh malah hakikat syariat Islam yang cuba diseleweng secara berterusan dapat dilindungi. Inilah cita-cita seorang khalifah yang menyedari matlamat hidupnya mengabdikan diri padaNya.
“At-Tabari dalam kitab tafsirnya menyebut bahawa, seorang mukmin itu tidaklah mencegah sesuatu kemungkaran serta menyeru sesuatu makruf melainkan dia ingin melihat masyarakat dan negara itu menjadi semakin baik dalam semua urusan mereka.
“Setiap seruan dan tegahan mukmin itu adalah berasaskan cintanya pada negara, bangsa dan umat ini. Moga Allah terus memelihara serta mengambalikan kemuliaan umat ini,” katanya.  - ismaweb   #CelahGelegar 


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait