4 Jamadilawal 1440H, Khamis – Kerajaan mesti terus mengekalkan Akta Hasutan 1948 untuk ‘mengajar’ puak ultra kiasu supaya tidak bersikap kurang ajar dan biadab, hidup dalam negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu.
Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, apabila undang-undang atau Akta Hasutan dimansuhkan, semakin berleluasa puak berkenaan untuk melakukan apa sahaja walaupun ia mengguris hati pihak lain, terutama orang Islam.
Beliau bagaimanapun menghargai tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan Akta Hasutan terhadap puak ultra kiasu yang bertindak melampau menghina Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berhubung peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong, Ahad lalu.
“Ultra kiasu begitu lantang mengkritik pihak polis kerana menggunakan Akta Hasutan terhadap mereka yang menghina Raja-Raja Melayu.
“Insiden ini amat jelas menunjukkan ultra kiasu semakin kurang ajar sejak mendapat kuasa. Kalau boleh ultra kiasu tidak mahu melihat ada undang-undang yang boleh menyekat mereka daripada menyentuh perkara sensitif seperti agama Islam, hak istimewa Melayu, institusi raja dan lain-lain,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Justeru, Ridhuan Tee mendesak kerajaan terus mengekalkan akta berkenaan walaupun menerima desakan daripada pihak ultra kiasu supaya undang-undang itu dimansuhkan.
Kelmarin, polis menangkap tiga individu, termasuk ‘Eric Liew’ kerana memuat naik komen berunsur hinaan terhadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, susulan peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong, Ahad lalu.
Ketiga-tiga yang ditahan semalam, ialah Eric Liew Chee Ling yang juga pemilik akaun Facebook Eric Liew; Azham Akhtar Abdullah (pemilik akaun Twitter @azhamakhtar); dan Nur Alia Astaman (pemilik akaun Twitter @aliaastaman).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ketiga-tiga suspek disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Selepas komen Eric Liew menjadi tular, majikannya Cisco Asean, sebuah syarikat multinasional teknologi maklumat, mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak lagi bertugas dengan firma itu.
Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad pula menggantung tugas Nur Alia berkuat kuasa serta-merta. - ismaweb

Appear first on Sudut Malaysia