Rabu, 02 Januari 2019

Kenapa Umat Islam Tidak Mahu Selamatkan Umat Kristian?’ : Soal Gadis Kristian


[‘Kenapa Umat Islam Tidak Mahu Selamatkan Umat Kristian?’ : Soal Gadis Kristian]
.
Saban hari saya menerima banyak mesej di dalam inbox Instagram Firdaus Wong Wai Hung (Official) & juga Facebook rasmi saya iaitu Firdaus Wong Wai Hung (Official). Adakala membalas setiap mesej sehingga tengah malam.
.
Semakin ramai Belum Muslim mesej saya bertanya soalan berkaitan Islam dan meminta nasihat bagaimana untuk mendalami Islam, bagaimana untuk memeluk Islam serta bagaimana memberitahu keputusan mereka untuk memeluk Islam?
.
Semalam saya menerima satu mesej dari seorang gadis Kristian yang bertanya apakah benar Bible telah diubah dan andai telah diubah kenapa masih lagi disebarkan oleh Pastor? Yang membuatkan saya sedih dan tergamam adalah apabila beliau bertanya;
.
“KNP UMAT ISLAM TIDAK (MAHU) MENYELAMATKAN UMAT KRISTIAN?”
.
Soalan ini beliau sebagai penganut Kristian ajukan kepada saya dan kita semua yang beragama Islam! Saya merasa sungguh bersalah menerima soalannya itu. Benar, ramai umat Islam hari ini tidak terfikir untuk menyampaikan Islam kepada rakan dan kenalan mereka yang Belum Muslim.
.
Bukan setakat sedih tetapi saya takut apakah jawapan saya di hadapan Allah nanti andai soalan yang sama ditanya kelak di padang mahsyar?
.
Doakan agar gadis Kristian yang saya panggil sebagai Cik S ini dikurniakan hidayah serta ketabahan untuk memeluk Islam oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.
.
Sahabat semua, jom kita berdakwah. Sebarkan ilmu, sebarkan Islam di mana jua kita berada.
.
#islam #muslim #firdauswong #cinamuslim #chinesemuslim#christianconverttoislam #reverttoislam #revert #christian#kristianmasukislam #indiamuslim #muslimindonesia#multiracialrevertedmuslims @ Petaling Jaya, Malaysia - 

Firdaus Wong Wai Hung (Official)


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait