Rabu, 02 Januari 2019

Mukhriz JAWAB kenyataan TMJ

Mukhriz menjawab Kenyataan TMJ mengenai isu Akhyar
Dalam sidang media di Wisma Darulaman petang tadi, Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir menegaskan, KFA tetap mempertahankan perdirian bukan kerana wang, tetap kerana patuh pada peraturan yang telah ditetapkan.

Kata beliau, jika perkara ini boleh berlaku kepada pasukan Kedah, tak mustahil ia akan berlaku lagi pada pasukan lain.
Kenyataan beliau mengenai isu perpindahan Akhyar ke JDT,
"Sebenarnya perkara ini berbangkit bukan kerana Akhyar, dia cuma salah seorang pemain yang membuat keputusan menerima tawaran, yang kita cuba nak perbetulkan ialah soal pokok, iaitu, kita dah ada peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak, tak boleh ada double standart. Jadi bila satu pasukan melanggar peraturan, menawarkan imbuhan kepada pemain secara backdoor, dan ini merugikan pihak yang lain, jadi itu yang kita membantah. Tak kisah sangat Akhyar ka sapa ka, tidak. Perkara yang sama pernah berlaku pada Kedah banyak kali. Malah banyak pasukan-pasukan lain pun mengalami keadaan yang sama. Jadi kalau FAM tidak boleh tegas dalam mempertahankan peraturannya sendiri, jadi siapa yang nak buat.
Kami bangkitkan itu ialah soal sticking to the rule, sebab itu saya keluarkan kenyataan, bukan sebab duit. Ya kami ni pasukan miskin, pasukan kecik, jauh sekali boleh mengamalkan cash is king. Kita tak boleh buat tawaran-tawaran seperti pasukan yang lebih kaya dari kita. Jadi seolah-olah kita tak pandai jaga pemain. Kita sangat-sangat prihatin soal kebajikan pemain".
Tambahan Dato Seri, beliau tidak kisah soal bayaran, malah JDT boleh bayar harga Akhyar tu dengan harga RM1 pun. Bukan soal wang tapi soal mempertahankan hak dan peraturan. - Mukhriz Mahathir FC   #CelahGelegar


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait