Selasa, 08 Januari 2019

Pengakuan Tun M bukti ‘politik bangsat’ Melayu pasca PRU14

2 Jamadilawal 1440H, Selasa– Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa DAP yang ‘memilih’ siapa bakal menduduki kerusi dalam pentadbiran, termasuk jawatan perdana menteri, membuktikan betapa ‘bangsatnya’ politik Melayu sekarang ini.
Dalam ucapannya di majlis Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu semalam yang disiarkan dalam Youtube, Dr Mahathir berkata:
“Saya tahu ada orang yang berpendapat bahawa parti DAP ini parti musuh… musuh orang Melayu… semua orang Melayu diberitahu oleh UMNO bahawa parti DAP ini adalah musuh… tapi saya nak bagitau yang cadang saya jadi pengerusi dan bakal perdana menteri kalau menang ialah DAP.

“Mereka menunjuk pemimpin-pemimpin daripada parti-parti Pakatan Harapan ini yang mana nak pegang jawatan apa. Mereka juga menyatakan selepas saya Datuk Seri Anwar (Ibrahim) akan mengambil alih. Semua ini datang daripada DAP. Jadi kalau saya musuh mereka dan tak boleh bekerja bersama dengan mereka kenapakah mereka memilih saya.
“Jadi mereka juga sedar bahawa kepimpinan kerajaan yang terdahulu perlu disingkirkan kerana kerosakan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib (Razak) itu jauh lebih besar daripada sengketa antara parti-parti lawan.”
Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, kenyataan itu mencerminkan wajah sebenar politik Malaysia Baharu pasca Pilihan Raya Umum Ke-14.
“Pendedahan Dr Mahathir memalukan. Ia mencerminkan betapa politik bangsat orang Melayu yang sentiasa mengikut telunjuk bukan Melayu.
“Pengakuan itu dengan jelas menunjukkan parti gabungan Pakatan Harapan, terutama parti yang dianggotai orang Melayu, hanya mengikut telunjuk DAP,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Kenyataan itu, katanya, menunjukkan dengan jelas pemimpin Melayu dalam PH dan kerajaan tidak mempunyai kuasa, sebaliknya parti tamak haloba DAP yang menentukan perjalanan dan urusan pentadbiran negara sekarang. - ismaweb 


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait