Selasa, 22 Januari 2019

(Projek EM-IIG) Pejabat TPM nafi setuju teks ucapan TPM dibaca oleh Timb speaker DR

Pejabat timbalan perdana menteri menafikan ucapan yang dibacakan bagi pihak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon di satu majlis syarikat swasta.
Pejabat itu dalam kenyataan berkata ia tidak pernah meluluskan ucapan itu atau mewakilkan kepada mana-mana orang untuk membacakan teks tersebut.
Amaran diberikan kepada semua organisasi supaya tidak menggunakan atau mengedarkan bahan seperti teks ucapan yang menggunakan nama timbalan perdana menteri tanpa kebenaran.

“Tindakan tegas akan diambil jika situasi seperti ini berulang,” katanya.
Pejabat TPM merujuk kepada ucapan yang dibacakan di pelancaran projek lebar berkelajuan tinggi “Enhanced Malaysia International Internet Gateway” (EM-IIG) yang dibangunkan oleh Xiddig Cellular Communications Sdn Bhd hari ini.
Media melaporkan “Wan Azizah” di majlis itu berkata kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada pelaksanaan projek platform prasarana generasi ke-5 (5G) itu yang menawarkan perkhidmatan internet paling murah dan terpantas di Asia Tenggara.
Projek bernilai RM5.45 bilion itu merangkumi pemasangan fiber gentian optik terbesar dunia melibatkan jajaran sepanjang 110,000 km, dan fasa pertama projek itu dijangka siap November ini.
“Wan Azizah tidak pernah sama sekali berkata kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada pelaksanaan projek EM-IIG,” kata kenyataan itu.-FMT


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait