Kamis, 10 Januari 2019

Raja Thai DISANJUNG kerana di Thailand TIADA DAP

KOTA BHARU 9 Jan. - Kerajaan perlu menjadikan Thailand sebagai contoh dalam mengambil tindakan terhadap individu atau kumpulan yang menghina institusi beraja di negara berkenaan.

Penyelaras Pakatan Harapan Parlimen Jeli, Azran Deraman berkata, Kerajaan Thailand dilihat begitu tegas sehingga mengenakan hukuman berat kepada individu yang menghina institusi tersebut.


Menurutnya, melihat kepada situasi ketika ini sudah tiba masanya kerajaan mengenakan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran agar perkata itu tidak berulang pada masa depan.

Sejak kebelakangan ini saya lihat banyak dilihat individu dan orang perseorangan mula menghina dan menulis perkara yang kurang sopan membabitkan institusi raja sebagai contoh Kebawah Duli Yang di Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V baru-baru ini.

“Pada hemat saya, rakyat Malaysia seharusnya menghormati dan menyanjung baginda sebagai ketua negara,” katanya dalam satu kenyataan melalui sistem pesanan ringkas di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait