Jumat, 04 Januari 2019

Selain PH, pemimpin PKR juga ada Tak Setuju Anwar jadi PM

KUALA LUMPUR: Selain pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH), Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil tidak menolak kemungkinan ada pemimpin parti itu sendiri yang tidak bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ke-8.
Saya sendiri tidak pernah buat bancian untuk kenal pasti siapa dan berapa ramai (tidak setuju Anwar sebagai perdana menteri), tapi kalau presiden PKR beranggapan sedemikian, saya percaya ada kemungkinan ia berlaku.
“Kemungkinan itu ada (pemimpin PKR dan parti komponen PH) tidak bersetuju,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu selepas meninjau masalah trafik di sekitar Kampung Kerinchi yang turut dihadiri datuk bandar Kuala Lumpur, hari ini.
Semalam, Anwar yang juga presiden PKR menafikan wujud konspirasi dalam PH untuk menghalangnya menjadi perdana menteri, seperti dijanjikan 4 parti komponen sebelum pilihan raya umum ke-14 lalu.
Tetapi, katanya, ada sekumpulan kecil orang dalam gabungan PH yang mahu “mensabotaj aturan itu”.
Fahmi menasihatkan ahli PKR berhenti bermain politik dan memberi fokus sepenuhnya untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Paling penting untuk kita ialah memberikan perkhidmatan dan fokus kepada kebajikan rakyat, kita mesti selesaikan masalah rakyat, sebab itu hari ini kita turun selesaikan masalah, bukan untuk politik.” - FMT   #CelahGelegar 


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait