Selasa, 08 Januari 2019

Tun M sudah Tidak Tahan DIKAWAL DAP? Kesian Tun M

Allhamdullilah akhirnya Tun Mahathir akui bahawa parti DAP lah yang paling berkuasa dalam kerajaan hari ini. Inilah sebenarnya yang seluruh anak bangsa sedar bahawa DAP menguasai segala-galanya.

Saya nak buat tawaran kepada Tun Mahathir, Saya nak tawarkan penyatuan ummah yang mana Tun Mahathir dan seluruh ahli parlimen Melayu dan juga Bumiputera Sabah Sarawak meninggalkan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP dan menjalankan kesepakatan untuk mewujudkan kerajaan berlandaskan Bumiputera.

Saya yakin, seluruh anak bangsa akan menyokong usaha penyatuan ummah untuk kerajaan berlandaskan Bumiputera ini kelak kerana hari ini musuh kami anak bangsa hanyalah parti DAP yang kita telah ketahui anti Islam dan anti Melayu.

Segerakan kerajaan Bumiputera kerana dengan cara itu sahaja kita mampu menggagalkan agenda licik impian bangsa DAP mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik.

- Sir Azri


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait