Sabtu, 05 Januari 2019

Turun Harga Minyak, PH tunduk desakan rakyat, bukan kerana bijak urus

Harga minyak turun bukan kerana kepakaran PH

Kerajaan tindas rakyat isu 'cukai minyak' 30 sen seliter yang dibayar sejak November 2018

28 Rabiulakhir 1440H, Sabtu – Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mengucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kerana tunduk kepada desakan rakyat supaya menurunkan harga runcit petrol dan diesel, bersesuaian dengan penurunan harga minyak dunia.
Bagaimanapun, Ketua Pemudanya, Shahir Adnan berkata, penurunan harga minyak ini bukanlah disebabkan ‘kepakaran’ pemimpin Pakatan Harapan, tetapi ia adalah berdasarkan penurunan harga minyak di pasaran dunia.
Katanya, berdasarkan harga minyak dunia ianya turun jika dibandingkan bulan Oktober ke Disember 2018.
Harga minyak satu barrel berdasarkan harga minyak dunia telah jatuh daripada USD82 kepada USD60 pada bulan Disember. Terkini, harga minyak satu barrel adalah sekitar USD50.
“Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan bertarikh 4 Januari 2019, harga runcit RON 95 turun 27 sen kepada RM1.93 seliter. Jadi benarlah bahawa rakyat telah membayar hampir 30 sen seliter sebagai ‘cukai minyak’ kepada kerajaan sejak bulan November 2018,” katanya.
Melihat situasi itu, Shahir kesal kerana kerajaan sebenarnya mempunyai masa selama dua bulan untuk memberitahu dan mengurangkan beban rakyat.
“Tetapi menteri dan kerajaan memilih untuk diam membisu dan menindas rakyat. Namun, rakyat bernasib baik apabila mereka masih ada parti-parti pembangkang yang mengutarakan hal ini secara matang dan berfakta kepada kerajaan.
“Ternyata gabungan parti-parti politik pembangkang kini menjadi pembangkang yang matang,” katanya - ismaweb   #CelahGelegar 


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait