Rabu, 02 Januari 2019

Yang laung slogan Rahmatun Lil 'Aalamiin TIDAK SEMESTINYA beramal dengan kerahmatan Islam

*(1) ISLAM RAHMATUN LIL 'AALAMIIN* (di Negeri Perlis juga insyaaAllah) 😌

*(2) HATI2 DENGAN WAHHABI YANG MENYAMAR SEBAGAI AHLIL-HADITH* 😯

(1) Moga2 Imam2 di Perlis yang dilaporkan "dipecat" berkuatkuasa 1hb Januari 2019 lalu dipermudahkan Allah SWT untuk bersabar dengan ujian2 yang menimpa mereka di dalam menjalani liku2 kehidupan.

(2) Saya dan rakan2 di IKSIM juga telah mengalami proses "perkhidmatan ditamatkan" berkuatkuasa 1hb Oktober 2018 yang lalu. Selagi nyawa di kandung badan, "life goes on..." kata orang Perlis, opss, I mean Pennsylvania 😅😬

(3) Islam itu, apabila diamalkan, jelas menjadi rahmat kepada sekalian alam. Orang yang ditimpa musibah dan ujian juga dapat merasakan kemanisan rahmat ini hasil mengamalkan ajaran tasawwuf Islam iaitu sabar dan redha dengan taqdir dan ketentuan Allah SWT.

Laporan penuh di 👇
https://www.hmetro.com.my/…/…/01/408167/perlis-pecat-25-imam

(4) Di dalam laporan akhbar yang lain 👇

https://www.bharian.com.my/…/waspada-golongan-guna-label-ah…

*WASPADA GOLONGAN GUNA AHLI HADIS*

Oleh Mohd Aizat Shamsuddin
mohdaizat@bh.com.my

KAJANG: Umat Islam perlu berhati-hati terhadap kelompok berselindung di sebalik nama ahli hadis, tetapi tidak mempunyai manhaj atau metodologi yang betul, malah menolak metodologi dalam mazhab diiktiraf dalam Islam.

Kelompok itu menjadikan dakwaan ahli hadis sebagai propaganda untuk menyebarkan fahaman mereka kepada umat Islam.

Kelompok yang mengakui sebagai pembawa atau pengikut ahli hadis itu sebenarnya golongan yang membawa fahaman Wahabi atau Salafi.

Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Indonesia, Kiyai Muhammad Idrus Ramli, berkata kewujudan kelompok itu memberikan cabaran kepada umat Islam dalam memahami hadis kerana mereka membawa manhaj berbeza berbanding majoriti umat Islam...

* boleh sambung baca di link di atas 👆

*YANG MELAUNGKAN SLOGAN ISLAM RAHMATUN LIL 'AALAMIIN TIDAK SEMESTINYA BERAMAL DENGAN KERAHMATAN ISLAM...*

*DAN YANG MENGGUNAKAN NAMA AHLIL-HADITH TIDAK SEMESTINYA BERPEGANG DENGAN PEGANGAN AHLIL-HADITH SEBENAR*

نسأل الله العفو والعافية والإخلاص والاستقامة والتوفيق والهداية

oleh: Engku Ahmad Fadzil - The Original Page


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait