Minggu, 10 Februari 2019

konon ‘Malaysia Baharu’ tapi menuju ‘Malaysia Palsu’?

"Kerajaan KLEPETOKRASI ialah sebuah Kerajaan yang suka/seronok/sanggup MENIPU (MEMBOHONGI / KLEPET) rakyatnya sendiri. Manakala rakyatnya yang NAIF, SUCI dan BERSIH HATI termakan penipuan itu walau DITIPU berulang-ulang kali. Kerajaan KLEPETOKRASI juga mempunyai KEPAKARAN MENFITNAH dengan menggunakan jentera maya RED BEAN B*BI"
“KAMI merayu agar rakyat memberi kami peluang untuk membuktikan kebolehan untuk memperbaiki negara demi rakyat. Kami sanggup dihakimi rakyat sejauh mana kami berjaya memenuhi janji-janji ini. Jika kami gagal atau mungkir janji tolaklah kami melalui proses demokrasi.”
Nada penuh merayu ini adalah kata pengantar dalam buku manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menjadi ‘manisan mengkhayalkan’ rakyat bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) ditumbangkan.
Janji dan harapan yang diberikan oleh PH ketika itu amat hebat sekali. PTPTN, tol, AES akan dihapuskan, harga minyak akan diturunkan begitu juga harga barangan juga akan turun kerana kerajaan pakatan lebih bijak untuk memansuhkan GST dan mengembalikan SST.
Dari desa ke kota, daripada murid sekolah hingga pelajar universiti, daripada petani di sawah, peneroka di tanah rancangan, penoreh di ladang getah hinggalah nelayan di tengah lautan, semuanya diberi harapan bahawa hidup mereka akan lebih baik jika mereka bersama PH ‘menyelamatkan negara’.
Sudah pastilah dengan barisan pemimpin yang diuar-uarkan berkelulusan hebat-hebat belaka dan begitu bijak berhujah, berdebat serta membentangkan fakta-fakta (yang antaranya tohmahan dan fitnah) termasuk negara akan bankrap, rakyat akhirnya buat keputusan menolak BN.
Tetapi persoalannya adakah kehidupan rakyat kini jauh lebih baik daripada dahulu? Adakah PTPTN sudah dihapuskan? Adakah plaza-plaza tol di seluruh negara kini sudah tiada? Adakah kamera AES tidak lagi menghiasi lebuh raya dan jalan raya di negara ini?
Adakah petani, peneroka, penoreh getah dan nelayan serta masyarakat miskin menikmati kesenangan hidup tanpa kedengaran suara keluhan daripada mereka? Jawapan tidak!
Sudah terbukti dalam tempoh sembilan bulan ini segala yang dibentangkan dalam manifesto dan dilafazkan oleh pemimpin-pemimpin PH hanyalah harapan dan janji palsu.
‘Malaysia Baharu’ yang diuar-uarkan kini sedang menuju ke arah ‘Malaysia Palsu’. Justeru tidak perlu kita terkejut apatah lagi berasa hairan jika terdedah soal kelulusan ‘palsu’ pemimpin-pemimpin pakatan tersebut.

Kalaulah janji-janji terhadap rakyat pun boleh dipalsukan, hal-hal lain boleh dianggap ‘kacang sahaja’ untuk memperdaya rakyat.
Inilah bahananya apabila kemenangan dicapai dengan memberikan harapan palsu. Ketika itu bagi mereka menang dulu sama ada segala janji dapat dilaksanakan, harapan diberikan palsu atau tidak, ia soal kedua.
Apa yang penting, ‘kebijaksanaan’ politik untuk mengambil kesempatan atas keterujaan dan keghairahan rakyat yang ketika itu diberi gambaran bahawa kerajaan BN seburuk-buruk kerajaan di muka bumi Allah ini hingga perlu ditumbangkan.
Slogan ‘Selamatkan Malaysia’ dengan kata-kata, “inilah dasar dan tindakan yang kami laksanakan untuk memulih semula negara dan membina negara serta memenuhi harapan rakyat” menjadi rayuan ‘beracun’ yang berjaya mempengaruhi rakyat. Tetapi kini harapan rakyat hanya tinggal harapan.
Yang dipenuhi dan tercapai sekarang ialah harapan serta impian pemimpin PH untuk mendapat kuasa dan menjadi kerajaan melalui satu kerjasama yang dilihat hanya memperalat satu sama lain.
Rakyat tidak mendapat apa-apa. Walaupun sekarang barulah mereka tahu telah diberi janji, harapan dan fakta palsu mengenai pentadbiran negara sebelum ini, namun semua itu sudah terlambat.
Pendirian mereka sudah diterjemahkan dalam PRU-14 lalu, justeru mahu tidak mahu, redah sahajalah untuk meneruskan kehidupan dalam era Malaysia penuh ‘kepalsuan’ ini.
Percayalah situasi politik, ekonomi dan sosial negara akan lebih buruk pada tahun-tahun mendatang, jika kerajaan Pakatan Harapan masih dengan cara pentadbiran sekarang.
Selain jawapan ‘saya tidak tahu’, ‘itu tidak salah selagi tidak merogol dan mencuri’, ‘kita tidak boleh buat apa-apa kerana ini salah kerajaan terdahulu’, banyak lagi alasan dan hujah akan ditampilkan untuk menutup kegagalan menunai janji-janjinya.
Menilai satu demi satu watak anggota Kabinet kecuali beberapa menteri yang dilihat berprestasi, harapan untuk melihat Malaysia jauh lebih baik daripada era terdahulu hanyalah impian palsu yang tidak menjadi kenyataan.
Sekadar mempromo minuman, menjual kapal Equaminity, mendabik dada kutipan cukai lebih baik kerana ketelusan kerajaan serta melakukan pendakwaan yang dianggap terpilih, ia sama sekali tidak membantu rakyat. Apatah lagi banyak projek demi kebaikan rakyat sudah dihentikan.
Jika benar kerajaan sekarang ditubuhkan atas dasar mahu ‘memperbaiki negara untuk rakyat’, maka tumpulah perhatian kepada usaha memberi kesejahteraan kepada rakyat. Tetapi kita tidak perlu menaruh harapan kerana apa juga perkara apabila sudah dimulakan dengan ‘kepalsuan’ agak sukar ia mencapai kejayaan.
Bagaimanapun penulis percaya banyak lagi janji dan harapan palsu akan ditaburkan apatah lagi ketika pilihan raya kecil di mana-mana kawasan.
Mungkin dengan mengundi pembangkang, rakyat tidak akan mendapat apa-apa kerana itulah politik. Tetapi sekurang-kurangnya ia memberi isyarat kepada para ahli politik jangan cuba mencari kemenangan melalui kepalsuan atau bahasa mudah, jangan tipu rakyat. - Utusan



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait