Ini seorang lagi Menteri yang tak pandai konsep ekonomi dan matematik.
Dia kata kerajaan BN gagal untuk membantu golongan nelayan dan petani keluar dari B40 dan menjadi golongan M40.
Biar saya beri sedikit penjelasan.
Pada setiap masa, golongan B40 memang akan wujud.
Ini konsep matematik asas!
B40 bermakna kumpulan rakyat berpendapatan 40% paling rendah.
Oleh itu, ini tidak bermakna jika kesemua golongan B40 dipertingkat menjadi M40 maka tiada lagi kewujudan golongan B40.
Contohnya, B40 adalah dari pendapatan RM4,000 sebulan namun jika pendapatan rakyat meningkat satu kali ganda pada masa depan, B40 akan diklasifikasi daripada mereka yang terima pendapatan RM8,000 sebulan.
Pada setiap masa juga, akan ada keluarga yang keluar dari kumpulan B40 akibat kenaikkan pendapatan mereka dan ada keluarga yang baru masuk ke dalamnya.
Sebenarnya, kenaikan dalam pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah (Median) untuk golongan luar bandar di bawah kerajaan BN semasa saya PM adalah pada kadar paling pantas dalam sejarah Malaysia.
Ini ialah kerana kerajaan BN masa itu banyak membantu dengan pelbagai bantuan-banuan seperti bantuan nelayan, bantuan petani, subsidi baja, subsidi diesel, program pelatihan, program kepelbagaian pendapatan, BR1M, 1AZAM dan projek-projek pembangunan luar bandar.
Pada masa saya PM juga, individu yang pendapatan bulanan mereka di bawah RM4,000 juga tidak lagi perlu membayar sebarang cukai pendapatan LHDN.
Sebelum masa itu, mereka yang bergaji RM2,000 pun kena cukai.
Mengukut data dari Jabatan Statistik Negara, pendapatan bulanan isi rumah luar bandar hanya RM991 sebulan pada tahun 1995 dan telah naik 41.5% dalam masa 9 tahun kepada RM1,402 pada tahun 2004.
Ini ialah kadar kenaikan yang rendah berbanding kenaikan 103.1% dalam 9 tahun tempoh saya di mana pendapatan isi rumah luar bandar bulanan telah naik dari RM1,709 pada tahun 2007 kepada RM3,471 pada tahun 2016.
Oleh kerana kerajaan BN masa saya PM lebih memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar untuk mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar, kenaikan pendapatan luar bandar telah naik dengan kadar lebih cepat berbanding kenaikan 86.39% untuk pendapatan bulanan penghuni bandar.
Selepas ini, saya harap Menteri ini boleh lebih faham tentang konsep B40.
Jika masih tak faham, saya bimbang netizen mungkin terpaksa untuk menyiasat sijil beliau juga.
Oleh :Najib Razak

Appear first on Sudut Malaysia