SEREMBAN – Budaya membaca adalah asas pencapaian kepada negara maju kerana budaya membaca terkandung dalam kualiti rakyatnya, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.
Beliau berkata status negara maju bukan hanya dilihat kepada pendapatan per kapita rakyatnya, bangunan pencakar langit atau pun sistem pengangkutan yang hebat sahaja, tetapi turut melibatkan kualiti rakyatnya termasuk budaya membaca dan penjagaan alam sekitar.
“Kalau kita pergi ke negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom di mana kita boleh melihat rakyatnya masih lagi membaca. Malah, kalau kita melihat orang yang terkenal, ternama dan terkaya pun, mereka tidak pernah melepaskan peluang untuk membaca. Budaya membaca adalah sinonim dengan negara maju.
“Oleh itu, budaya membaca harus menjadi amalan rakyat Malaysia yang akan mencapai Wawasan 2020,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen Program Pertukaran Buku di Pasaraya Seremban Prima di sini, hari ini.
Katanya berdasarkan pencapaian sekarang, rakyat Malaysia membaca 18 judul buku setiap tahun dan ia satu pencapaian yang boleh dibanggakan.
Ini kerana katanya, jika dibandingkan di peringkat antarabangsa, secara puratanya rakyat negara maju membaca 20 hingga 25 tajuk buku satu tahun.
“Oleh itu, kita tidak begitu jauh daripada negara maju. Sekarang ada tiga tahun lagi untuk kita mencapai Wawasan 2020 dan pada masa itu saya rasa jika kita boleh meningkatkan judul buku yang dibaca, ia satu perkara yang membanggakan,” katanya.
Mengenai program itu, Chong berkata ia adalah satu inisiatif yang sangat baik di mana sebarang buku boleh dibawa ke tempat ini sebagai pertukaran kepada buku yang lain tanpa melihat judulnya.
“Malah, majalah biasa pun boleh ditukar dengan satu buku. Jadi, kita mengalakkan supaya kita berkongsi sebab banyak buku yang sudah dibaca hanya disimpan sahaja…..itu tidak bernilai. Tetapi jika kita boleh berkongsi, ilmu, itu dapat kita sebarkan dengan lebih luas.
“Jadi, saya menggalakkan orang ramai di Seremban ini untuk datanglah ke tempat ini untuk kita berkongsi buku-buku kita atau terus menderma buku tersebut. Setakat ini sebanyak 1,000 buah buku telah didermakan sebagai permulaan,” katanya.
Katanya di peringkat sekolah setakat ini belum ada lagi program pertukaran buku ini dibuat, tetapi jika Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk memulakannya, ia amat dialu-alukan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rTXOh4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sudut Malaysia