Jumat, 09 Juni 2017

M’sia Sokong Filipina Perangi Kumpulan Militan

COTABATO CITY – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyampaikan sokongan Malaysia ke atas usaha Filipina memerangi kumpulan militan berkaitan Daesh.

Perkara itu disampaikan kepada rakan sejawatannya Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Negrillo Lorenzana di Marawi City, Mindanao hari ini.

Beliau bertemu Lorenzana di Divisyen 6 Infantri di sini dan menekankan bahawa Malaysia melihat kejadian di Marawai secara serius dan tidak akan berkompromi dengan keganasan dan ancaman seperti itu.

“Malaysia tidak akan tunduk kepada keganasan malah Malaysia bersama negara ASEAN sentiasa bersedia untuk bekerjasama dan memberi bantuan yang perlu kepada Filipina bagi memastikan Daesh tidak dapat bertapak dan menjadikan Selatan Mindanao sebagai pusat pentadbiran mereka,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama selepas pertemuan itu.

Turut hadir dalam pertemuan itu Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Zulkiple Kassim, Pengarah Risikan Ketenteraan, Datuk Abdul Hadi Hussin, Ketua Angkatan Tentera Filipina, Jen Eduardo Ano, Ketua Tentera Darat Filipina, Lt Jen Glorioso Miranda, Ketua Tentera Udara Filipina, Lt Jen Edgar Restor Fallorina dan Naib Laksamana Tentera Laut Filipina, Ronald Joseph Mercado.

Dalam serangan yang dilakukan puak militan itu, ia mengorbankan banyak nyawa penduduk dan anggota tentera sendiri.

Hishammuddin berkata Malaysia berkongsi keprihatinan dengan kerajaan Filipina berhubung ancaman militan dan telah berbincang secara terperinci dengan Lorenzana mengenai sumber kewangan puak militan dan ideologi mereka.

“Ia merupakan fenomena yang perlu dibanteras bersama. Bagi pihak Malaysia, kita perlu bekerjasama erat dalam perkongsian risikan. Kita perlu spesifik dari mana sumber dana (puak militan) peroleh. Apa yang kamu tahu yang terbongkar di sini, ia bukan sahaja melibatkan rakyat Malaysia tetapi juga rakyat Indonesia dan sesetengah rakyat timur tengah.

“Jadi ia merupakan fenomena global. Apa yang lebih penting bagi kami ialah menghantar mesej bersama hari ini. Kami mahu menghantar mesej jelas kepada Daesh yang mereka tidak akan dapat bertapak di wilayah kami. Dengan kuasa kami, kami bertekad bagi memastikan apa sahaja yang mereka cuba lakukan, mereka tidak akan dapat bertapak. Kami akan bersama-sama menghadapi mereka,” tambah Hishamuddin.

Beliau berkata dengan memerangi kumpulan pengganas bersama, kumpulan militan, di mana mereka berada, mereka tidak akan dapat bertapak di setiap ceruk di wilayah ini selain gagal dalam usaha mereka menubuhkan khilafah utopia di wilayah ini.

Ditanya mengenai peranan Barisan Pembebasan Islam Moro memerangai kumpulan militan yang mungkin mengganggu proses damai di Mindanao, Hishammuddin berkata: “Jangan biarkan insiden terpencil mengganggu proses damai. Jangan biarkan sesiapa merampas objektif kita lebih besar iaitu keamanan.”

Beliau juga berkata beliau merancang bertemu rakan sejawatannya dari Thailand, Singapura dan Indonesia dalam masa terdekat bagi membincangkan strategi dan pendekatan terbaik memerangi kumpulan Daesh.

Ini kerana menurutnya, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand secara langsung atau tidak turut terjejas dengan ancaman kumpulan militan dan oleh itu tindakan mesti segera diambil.

— BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r9176N

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait