Dua wanita berusia 20-an dan 30-an, terselamat dari maut apabila kenderaan mereka terperosok di bawah sebuah treler di Kilometer (KM) 200.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Bukit Merah di sini, petang tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Penolong Bomba Kanan (PBK) II, Zainal Kipli Taib, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.27 petang.
Katanya, setiba di lokasi, pihaknya mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Vios dalam keadaan remuk dan berada di bawah badan treler yang membawa muatan sawit.
“Berdasarkan keterangan pemandu lori terbabit, tayar kenderaannya bocor lalu terbabas ke kanan jalan mengakibatkan kenderaannya merempuh kereta yang dinaiki dua wanita terbabit.
“Bagaimanapun dua wanita terbabit berjaya keluar dari kenderaan itu dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya kemudian segera menjalankan kerja menyelamat menggunakan alatan khas bagi mengeluarkan dan mengalihkan kenderaan ke kawasan selamat,” katanya.
Sumber: Bharian
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2te1dHc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sudut Malaysia