Tunjang utama drama rantaian Hero Seorang Cinderella (HSC) akur dengan hakikat dicemburui dan dimusuhi banyak pihak yang tidak senang melihat kemesraan serta keserasian ditunjukkan mereka dalam drama mahupun di luar lokasi.
Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah Amin, berkata walaupun terpaksa berdepan pelbagai ujian seperti dikecam netizen, selain segelintir golongan selebriti yang secara terang-terangan meluahkan perasaan tidak puas hati di laman sosial, mereka enggan melatah serta lebih selesa mengambil pendekatan untuk terus berdiam diri.
“Saya dengan Fattah selalu cakap, kita tak boleh membaca hati orang. Kita juga tidak mampu untuk menduga niat seseorang sama ada baik atau sebaliknya.
“Cuma, apa yang kita boleh buat adalah terus bersabar dan percaya apabila sesuatu perkara hendak berjaya, akan ada halangan sedemikian,” kata Fazura ketika ditemui pada majlis sesi ramah mesra bersama pelakon Hero Seorang Cinderella di pusat beli-belah Quill City Mall, di sini semalam.
Walaupun enggan melayan perkara yang disifatkan sebagai remeh, Fattah yang juga Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 tetap melahirkan rasa terkilannya apabila golongan ‘pembenci’ berkenaan bertindak di luar batasan.
“Pernah berlaku ketika saya menghadiri satu sesi promosi, tiba-tiba ‘client’ saya tidak dapat memuat naik gambar kerana akaun Instagram kami digodam.
“Tak sangka ada pihak yang busuk hati sampai ke tahap hendak menutup periuk nasi orang. Saya serahkan perkara ini kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dan mungkin tindakan susulan akan dibuat terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu,” kata Fattah.
Pada majlis terbabit, pasangan berkenaan turut meluangkan masa beramah mesra dan menandatangani novel HSC untuk peminat bertuah.
Sumber: Bharian
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sgiLFl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sudut Malaysia