SEBAHAGIAN daripada struktur jejantas berdekatan sebuah pasar raya di Batu 8, Pekan Meru, Klang, runtuh akibat dilanggar treler, kira-kira 7.30 petang, semalam.
Jurucakap Bomba Selangor berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 8.05 malam.
“Pemeriksaan mendapati bahagian tiang jejantas di lokasi itu runtuh akibat dilanggar sebuah treler.
“Bagaimanapun, kita mendapati tiada mangsa yang cedera atau kemalangan jiwa dalam kejadian itu,” katanya.
Menurutnya, sebagai langkah berjaga-jaga, bomba meletakkan kon keselamatan di sekitar lokasi kejadian.
Jurucakap itu berkata, kes berkenaan diserahkan kepada polis dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan lanjut. – myMetro Online
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tDJJns
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sudut Malaysia