PADAH mabuk. Seorang pengawal keselamatan maut selepas diserang oleh sekumpulan anjing liar ketika berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya.
Kejadian yang berlaku di Sovetssky di Rusia itu dirakamkan menerusi CCTV.
Identiti lelaki itu tidak didedahkan namun dia dikatakan sering memberikan anjing berkenaan makan sejak dua tahun lalu.
Dia diserang selepas cuba melalui sekumpulan anjing liar terbabit tanpa membawa makanan.
Ia mengakibatkan kira-kira 12 ekor anjing mengelilinginya ketika lelaki itu cuba melalui jalan terbabit sambil memegang sebotol minuman keras.
Anjing-anjing itu kemudiannya menyerang lelaki itu. Dia terjatuh sebanyak tiga kali dan cuba bangun dalam keadaan terhoyong hayang namun gagal dalam cubaan ketiga.
Mayatnya ditemui pada pagi keesokannya. Polis kini melancarkan siasatan berhubung kematian lelaki terbabit.
Sumber – MYNEWSHUB
✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sgMVHX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sudut Malaysia