GIMIK ISYTIHAR HARTA RAFIZI GAGAL... RAFIZI KEKAL MENJADI LIABILITI PALING HINA DALAM PAKATAN HARAPAN...
1. Rafizi Ramli menyebabkan satu lagi pergolakan dalam Pakatan. Gimik perisytiharan harta telah memecah belahkan pemimpin pembangkang yang kebanyakannya tidak setuju.
Hanya 20 pemimpin PKR, 9 dari PAN dan seorang PAS menghadiri majlis tandatangan pengisytiharan harta yang dihoskan INVOKE. Tidak seorang pun wakil DAP atau PPBM hadir.
2. DAP dikatakan memberi arahan jangan menandatangani perjanjian dengan INVOKE kerana takut menganggu persediaan PRU 14. Arahan ini menimbul kemarahan ahli parlimen DAP yang mahu turut serta.
3. Sebenarnya ini hanyalah gimik Rafizi untuk menunjukkan Pakatan kononnya bersih dan bebas rasuah. Namun gimik ini sudah “backfire”. Bukan sahaja pemimpin Pakatan berpecah tetapi rakyat juga tidak percaya mereka.
4. Jika serius, pemimpin teratas yang patut isytiharkan harta mereka. Mulakan dengan Tun M, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Azmin Ali. Ada berani? Tentunya jawapannya adalah TIDAK BERANI...
5. Sebenarnya isu cadangan mengisytiharkan harta kepada bakal2 calon yang akan bertanding dalam PRU14 hanya datang dari Pakatan Harapan, samada cadangan ini datang dari peringkat kepimpinan, hinggalah terbawa-bawa oleh penyokong2 mereka sendiri, seolah-olah inilah saja satu-satunya cara untuk memastikan calon tersebut bebas dari rasuah dan penyelewengan.
6. Bagi aku, mengisytiharkan harta sebelum menjadi calon dilakukan hanya bertujuan mencari publisiti murahan, menaikkan rating diri seolah-olah merekalah calon yang bersih, bebas rasuah dan tidak takut untuk isytiharkan harta kepada umum. Dengan cara ini, mereka berpeluang memperoleh undi dari rakyat, sekaligus memenangi pilihanraya di kerusi yg ditandingi.
7. Untuk tentukan samada mereka telah menerima rasuah atau menyeleweng, perlu tunggu selepas 1 penggal mereka memerintah sebagai kjaan, yakni menjelang PRU15 pula. Jika selama tempoh itu didapati jumlah harta mereka meningkat mendadak, barulah boleh disiasat kemungkinan berlaku amalan rasuah atau salah guna kedudukan sebagai kjaan. Itupun jika mereka terlalu BODOH meletakkan segala harta di bawah nama mereka, atau nama ahli keluarga yg boleh menimbulkan syak. Bukankah sekarang zaman proksi. Mungkin Rafizi perlu belajar dari Tun M, apa fungsinya PROKSI...
8. Hari ini, berapa pun jumlah yg mereka isytiharkan, tidak akan menjadi isu. Cuma mungkin bagi beberapa orang pemimpin PH yg memang dikenali memiliki kekayaan yg melampau seperti Tun M, atau Mukhriz, agak keberatan utk isytihar kerana tentunya rakyat akan buka mata melihat jumlah kekayaan mereka, walaupun mereka tahu tidal akan dikenakan tindakan undang2, kerana tentunya mereka akan beri alasan beroleh kekayaan melalui sumber perniagaan. Namun persepsi rakyat itu boleh memberi kesan buruk kepada karier politik mereka, dan ini yg mereka takutkan.
9. Kenapa pemimpin2 DAP tidak suka dengan cadangan untuk isytiharkan harta? Samada Rafizi memang terlepas pandang dgn akibat buruk mengisytiharkan harta, atau, Rafizi sengaja mahu menjerat pemimpin DAP. Kebanyakan pemimpin DAP terdiri drpd golongan peniaga dan mereka terlibat dalam pelbagai cabang perniagaan. Ditambah dengan pelbagai isu yg sedang dihadapi oleh beberapa pemimpin utama mereka, spt isu salahguna kuasa Lim Guan Eng, isu kilang haram Lim Hock Seng, isu pemaju perumahan yg mudah mendapat permit dan lain2, tentunya, cadangan mengisytiharkan harta seperti ini adalah satu perkara yg sedaya upaya akan cuba mereka elakkan.
10. Tentunya akan ada Matchai2 PH yang sedang berusaha mencari jalan untuk alihkan isu ini dengan mencabar calon2 Barisan Nasional melakukan pengisytiharan harta pula. Perlukah kepimpinan Barisan Nasional menari mengikut rentak mereka? Perlukah calon2 BN melakukan perkara bodoh seperti yg Rafizi cadangkan?
11. Sebenarnya, dalam Barisan Nasional, kita sudahpun mempraktikkan mekanisme yg jauh lebih baik dan telus berbanding cadangan pengisytiharan harta ini. Sememangnya objektif BN jelas dalam setiap keputusan dan tindakan yg diambil. BN tidak mementingkan glamour atau populariti semata-mata, tetapi lebih fokus kepada memastikan calon yang bakal mewakili BN mestilah bebas rasuah.
12. Sebab itu, setiap nama yg disenaraikan sebagai calon2 berpotensi, yg dicadangkan diperingkat bahagian dan negeri, termasuklah oleh parti2 komponen, perlu terlebih dahulu melepasi tapisan pihak SPRM, sebelum layak disenarai pendekkan, yg mana senarai akhir kini sudahpun berada dalam tangan Pengerusi BN, YAB DS Najib. Jika gagal melepasi tapisan awal SPRM ini, maka nama tersebut awal2 lagi akan tersingkir. Dan, menjelang pilihanraya nanti, nama2 yg sudah termasuk dalam senarai akhir calon ini, akan sekali lagi melalui tapisan kali kedua oleh SPRM, yg mana ia akan dilakukan dgn lebih terperinci, sebelum senarai akhir ini di 'endorse' kan sebagai calon BN dalam PRU14, dan diumumkan kpd umum.
13. Jika rakyat mahukan calon yang terbaik, calon yang bersih, bebas rasuah, maka, calon Barisan Nasional lah yg paling menepati kriteria. Parti tidak perlu menghebahkan harta milik calon-calonnya, tidak perlu kecoh-kecohkan sapa yang kaya dan sapa yang bankrap. Proses tapisan dilakukan oleh SPRM sendiri. Jika ada calon yg tidak lepas maka SPRM akan maklumkan kepada Pengerusi BN secara sulit. Nama yg tidak tersenarai ketika calon diumumkan, salah satu sebabnya mungkin kerana gagal dalam tapisan SPRM ini. Namun setidak-tidaknya nama tersebut tidak diaibkan.
#SahabatSMB
Appear first on Sudut Malaysia