Rabu, 10 Januari 2018

Calon PM: Ketidakpuasan hati ahli boleh jejas undi PH

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Sikap ketidakpuasan hati dalam kalangan pemimpin dan ahli Pakatan Harapan (PH) bakal mengundang padah kepada gabungan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, kata seorang penganalisis politik.
 
Prof Madya Dr. Ahmad Martadha Mohamed menjangkakan, konflik itu mampu menjejaskan sokongan rakyat apabila melihat mereka tidak berkemampuan untuk bersatu dalam menyatakan perdirian terhadap jawatan terpenting negara itu.
 
"Dalam isu meletakkan Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri sebenarnya tidak mendapat persetujuan ramai pihak dalam Pakatan Harapan dan sebab itu kita lihat beberapa pemimpin daripada PKR dan Amanah juga tidak bersetuju dengan Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri.
 
"Ini akan memberi kesan terutamanya dalam sokongan pengundi pada PRU14 nanti kerana masyarakat akan melihat bahawa isu yang penting sebegini sekiranya masih tiada persetujuan maka sudah pasti ia akan menjejaskan kekuatan, imej PH di mata pengundi," katanya kepada Antarapos.
 
Ahad lalu, gabungan pembangkang itu sepakat untuk mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sementara bagi parti itu sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
 
Dr Mahathir selepas itu bakal digantikan dengan calon utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabia dibebaskan daripada penjara dan mendapat pengampunan Yang Di-Pertuan Agong.
 
Manakala, presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula sekadar dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
 
Bagaimanapun, keputusan itu mengundang banyak rasa kurang senang dalam kalangan ahli parti termasuk daripada 'parti senior' itu sendiri iaitu PKR. 
 
Terdahulu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin meluahkan rasa kecewa dengan pemilihan tersebut dengan menganggap PH masih gagal menamakan calon perdana menteri walaupun selepas berjuang selama 20 tahun.
 
Lebih hangat apabila PKR Selangor pula membantah keputusan itu dengan  menegaskan individu yang layak memegang jawatan itu perlu datangnya dari PKR.
 
Terbaru, anak-beranak mendiang Karpal Singh (DAP) pula dikatakan mempunyai pandangan yang berbeza, apabila anak perempuannya, Sangeet Kaur Deo tidak bersetuju dengan perkara itu malah berpendapat ayahnya juga mungkin tidak menyokong perkara tersebut sekiranya beliau masih hidup.
 
Pandangan Sangeet itu turut disokong oleh abangnya, Ramkarpal Singh.
 
Lebih mengejutkan, selain dua parti itu, terdapat ahli PPBM iaitu parti yang dipengerusikan Dr Mahathir itu sendiri juga turut membantah pencalonan pemimpin itu sebagai perdana menteri.
 
Ia dibantah Ketua Pemuda PPBM Pahang, Raja Mohd Azlan Raja Omar yang menganggap Dr Mahathir tidak lagi sesuai memegang jawatan Perdana Menteri, sebaliknya memerlukan seseorang tokoh muda berkaliber



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait