ANTARAPOS
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilarang mengadakan pertemuannya dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memberitahu larangan itu dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Bekas perdana menteri itu tiba di Hospital Rehabilitasi Cheras pada jam 4.30 petang tadi tetapi dilarang masuk oleh pengawal penjara.
"Saya cuma nak kata saya tak dapat jumpa kerana saya saya diberitahu, arahan dikeluarkan supaya saya tidak boleh berjumpa dengan Anwar," katanya kepada pemberita di luar wad Hospital Rehabilitasi Cheras.
Beliau juga menyatakan kekecewaaanya apabila gagal bertemu Anwar untuk mengucapkan terima kasih kepada bekas timbalannya kerana bersetuju melantik beliau sebagai calon perdana menteri PH.
"Saya rasa sedihlah, saya cuma nak jumpa dia, nak ucap terima kasih kerana dia tidak membantah bahkan menyokong saya sebagai calon (perdana menteri)," katanya kepada pemberita di luar wad Hospital Rehabilitasi Cheras sebentar tadi.
Teka-teki perihal calon perdana menteri mewakili pakatan pembangkang akhirnya terjawab menerusi Konvensyennya Ahad lalu yang menamakan Dr Mahathir sebagai calon jawatan itu.
Pemimpin veteran berusia 92 tahun yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun itu dijangka meneraju kerajaaan PH bersama isteri bekas seterunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya.
Namun tempoh perkhidmatan Dr Mahathir hanya bersifat sementara memandangkan pakatan itu akan mengusahakan pembebasan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan melantiknya sebagai perdana menteri yang seterusnya menerusi mendapat pengampunan diraja.
Appear first on Sudut Malaysia