Kamis, 18 Januari 2018

Hina Sultan Pahang, Laporan Polis Terus Di Buat Terhadap 'Mahfuz' !


PEKAN: Permohonan maaf Datuk Mahfuz Omar tidak mengendurkan desakan yang menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang didakwa memperlekeh dan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebagai bahan jenaka dalam ceramah politiknya.

Terbaharu, satu lagi laporan polis dibuat yang mewakili tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam kawasan Parlimen ini di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

NGO berkenaan adalah Persatuan Ketua-Ketua Kampung Daerah Pekan, Persatuan Pesara-Pesara Polis Daerah Pekan, Persatuan Pesara-Pesara Tentera Daerah Pekan dan Persatuan Ibu-Ibu Tungal Daerah Pekan.

Yang turut sama Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) Pekan, Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) dan Persatuan Permuafakatan Masyarakat Orang Asli Parlimen Pekan.

Sebelum ini, video berdurasi 6.38 minit memaparkan ceramah politik Mahfuz bersama Pakatan Harapan diketuai DAP yang antara isi kandungannya membandingkan antara Sultan Pahang dengan calon Perdana Menteri sementara pakatan itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad  tular di laman media sosial.

Susulan itu, perkara tersebut mencetuskan kemarahan banyak pihak yang membuat laporan polis menggesa Mahfuz disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 serta membuat permohonan maaf. 

Semalam, Mahfuz dilaporkan memohon maaf kepada Sultan Ahmad Shah. #sumber



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait