Rabu, 10 Januari 2018

Masih terlalu awal untuk minta dana, kata ADUN PAS AddThis Sharing Buttons Share to TwitterShare to FacebookShare to WhatsAppShare to WeChatShare to LINEShare to TelegramShare to Google+Share to EmailShare to Print pada 10-01-2018 06:01 Oleh Athirah Hanapiah Post Pic SHAH ALAM: PAS Selangor memberitahu tiada sebarang tuntutan peruntukan dibuat oleh ADUN-ADUNnya sehingga hari ini kepada kerajaan negeri bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali. Justeru menurut ADUN Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan tidak timbul soal peruntukan berkenaan disekat ataupun dipotong, sambil mengesahkan masih terlalu awal untuk meminta dana kewangan. "Kita tiada apa-apa maklumat sama ada rasmi ataupun tidak, tetapi apa yang kita tahu setakat ini tuntutan belum boleh dibuat lagi. "Masih awal bulan, baru masuk minggu kedua (tahun 2018), kita pun tidak menghantar apa-apa tuntutan lagi," ujarnya ringkas. Terdahulu, timbul khabar angin mengatakan peruntukan kepada ADUN PAS di Selangor dipotong oleh Kerajaan Negeri bermula tahun ini. Perkara itu bagaimanapun dinafikan Azmin sendiri pada hari ini dengan menyatakan kerajaan negeri yang dipimpinnya tidak pernah menyekat peruntukan kepada wakil rakyat PAS di negeri itu. Sebaliknya Azmin menjelaskan, kelewatan itu mungkin berpunca dari masalah teknikal, dan kemudiannya berjanji untuk menyelesaikan perkara itu. Beliau berkata, peruntukan itu adalah kepada ADUN, termasuk wakil rakyat PAS, ahli kelab penyokong kerajaan (BBC) dan penyelaras DUN serta kawasan Parlimen.

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Selangor memberitahu tiada sebarang tuntutan peruntukan dibuat oleh ADUN-ADUNnya sehingga hari ini kepada kerajaan negeri bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali. 
 
Justeru menurut ADUN Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan tidak timbul soal peruntukan berkenaan disekat ataupun dipotong, sambil mengesahkan masih terlalu awal untuk meminta dana kewangan. 
 
"Kita tiada apa-apa maklumat sama ada rasmi ataupun tidak, tetapi apa yang kita tahu setakat ini tuntutan belum boleh dibuat lagi.
 
"Masih awal bulan, baru masuk minggu kedua (tahun 2018), kita pun tidak menghantar apa-apa tuntutan lagi," ujarnya ringkas.
 
Terdahulu, timbul khabar angin mengatakan peruntukan kepada ADUN PAS di Selangor dipotong oleh Kerajaan Negeri bermula tahun ini.
 
Perkara itu bagaimanapun dinafikan Azmin sendiri pada hari ini dengan menyatakan kerajaan negeri yang dipimpinnya tidak pernah menyekat peruntukan kepada wakil rakyat PAS di negeri itu.
 
Sebaliknya Azmin menjelaskan, kelewatan itu mungkin berpunca dari masalah teknikal, dan kemudiannya berjanji untuk menyelesaikan perkara itu.
 
Beliau berkata, peruntukan itu adalah kepada ADUN, termasuk wakil rakyat PAS, ahli kelab penyokong kerajaan (BBC) dan penyelaras DUN serta kawasan Parlimen.
 
 



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait