Jumat, 14 September 2018

HARAPAN, 'lebih teruk, dasyat dari Umno'



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghalakan kritikan kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan sebagai lagi teruk dan dasyat berbanding zaman pemerintahan Umno.

Hadi menjelaskan lebih banyak kelemahan disaksikan berlaku di bawah kerajaan HARAPAN sekarang terutama yang melibatkan kes-kes mahkamah.

Katanya semasa Malaysia di bawah kuasa BN ada juga menteri-menteri besar yang dibawa ke mahkamah dan dibicarakan atas tuduhan rasuah.

Malah kata presiden PAS itu ada antara mereka yang disabitkan kesalahan dan dihukum penjara.

"HARAPAN memerintah baru berapa bulan, bawa kes (pemimpin mereka) ke mahkamah, diselesaikan begitu saja.

"Baru memerintah empat bulan sudah ada masalah, apatah lagi kalau 60 tahun," katanya kepada dalam ucapan perasmian konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak di Kuala Terengganu hari ini. - mk



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait